Bagaimana polisi kerajaan memberi kesan kepada pergerakkan FBMKLCI

Kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini mengatakan bahawa prestasi pasaran saham adalah di luar kawalan kerajaan adalah SEPARUH SALAH.

Sepertimana tahun lepas, Menteri Kewangan kita juga mengatakan bahawa beliau bukan stockbroker yang tahu mengenai pasaran saham. Kamu memang bukan stockbroker, kamu menteri kewangan yang mempunyai jawatan tertinggi dalam bidang ini. PATUT LEBIH TAHU!

*Stockbroker jika di Malaysia di panggil REMISIER (Commision-based) atau Dealer Representative (makan gaji). Remisier menjadi orang tengah di antara pelabur runcit dan Participating Organization di Malaysia. Boleh semak senarai di bawah :

http://www.bursamalaysia.com/market/securities/equities/brokers/list-of-participating-organisations

Ya, pasaran bergerak di atas dasar permintaan dan penawaran. Namun, kenaikan dan kejatuhan ini tidak berlaku dengan sendiri. Faktor syarikat, dalaman (negara sendiri) dan luar memainkan peranan yang sama banyaknya kepada prestasi indeks.

  • Syarikat (individu)– model perniagaan, pengurusan dan pasaran.
  • Dalaman – Polisi kerajaan dan kestabilan.
  • Luar – Perang, perang dagangan, harga komoditi dan sebagainya.

Jadi, amatlah dangkal seorang Menteri Kewangan boleh mengatakan hal yang sedemikian. Kita biarkan faktor syarikat dan luar.

Untuk netizen,

Kita bincang bagaimana sesebuah kerajaan mampu memberi kesan kepada halatuju indeks FBMKLCI.

Bank negara akan menjalankan strategi fiskal atau monetari bergantung kepada keadaan semasa dan ianya BERKAIT secara TERUS DENGAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH PADA WAKTU ITU. Strategi ini akan memberi kesan kepada kadar faedah yang seterusnya memberi kesan terus kepada perniagaan dari segi kos perniagaan dan sebagainya.

Belum masuk perkara lain seperti :

– Kadar cukai yang mesra pelabur.

-Hubungan diplomatik antara negara dan sebagainya yang bakal memberi kesan BESAR kepada syarikat yang terlibat terutamanya syarikat yang di apungkan di Bursa Malaysia.

Andai kata tidak pandai membaca data ekonomi sekalipun, tengok carta. Carta tidak menipu, ia memberitahu apa yang sedang berlaku. Hal ini kerana carta merekodkan pergerakkan harga. Jika naik seringgit, ianya di tunjukkan di atas carta, jika turun seringgit, ianya juga di tunjukkan di atas carta.

Polisi kerajaan TERBUKTI memberi kesan kepada pergerakkan harga saham. Ianya telah berlaku zaman- berzaman. Bukan sahaja di Malaysia, Malah di seluruh dunia.

Saya bagi contoh, kenyataan oleh YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai kelajuan dan harga broadband telah menyebabkan saham TM jatuh tergolek-golek.

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/372285/broadband-double-speed-half-price-msians-gobind

TM yang dulu merupakan syarikat komponen FBMKLCI memberi weighted kepada kejatuhan pasaran.

 

-Kemenangan kerajaan Pakatan Harapan juga telah buat beberapa saham pembinaan yang di katakan berkaitan dengan kerajaan lama jatuh tersembam. Contoh : GKENT

 

Syarikat yang terlibat dalam pembangunan berskala mega yang asyik UTURN seperti ECRL, LRT3 dan HSR juga terlibat sama.

 

Sumber :

http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/prestasi-saham-di-luar-kawalan-kerajaan-1.860107?fbclid=IwAR0qNerucypQxbW8ioyPA9vALMVZPuS7BSejHvsqIUJAMXHNr40aEQ0rsLA#.XIjAgAfA9aI.facebook

I don’t know, I’m not a stock broker – Guan Eng

Ada beratus lagi contoh. Jangan buat kenyataan kurang cerdik begitu lagi. Kamu Menteri Kewangan, bukan jawatan cikai.

Beri jawapan seorang pemimpin jika mahu di ingat sebagai menteri yang berjasa. Jangan sampai di ingati sebagai menteri kewangan paling teruk yang pernah ada di Malaysia.

Nor Akmar MSTA, CFTe

Remisier, Retail Equities CIMB Investment Bank

Penulis Buku:

Panduan Lengkap Pelaburan Saham

Candlestick Petunjuk Dagangan

Wanita Malaysia Pertama memberi ucapan di pentas teknikal analisis antarabangsa.

 

2 thoughts on “Bagaimana polisi kerajaan memberi kesan kepada pergerakkan FBMKLCI

    1. Boleh. Buka akaun CDS dan mula membeli sedikit terutama saham berkaitan teknologi. Jika bukan sekarang, bila lagi hendak bertangguh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...