Coretan sempena pelancaran buku Candlestick Petunjuk Dagangan.

20245895_2374542169438408_2571836360416181380_n

Saya menulis buku pertama sayaPanduan Lengkap Pelaburan Saham(PLPS) adalah atas dasar sebagai seorang remisier saham yang melihat pelabur runcit melayu kekurangan bahan bacaan. Malah ada yang terpaksa pergi ke kelas berharga ribuan ringgit untuk hanya mengetahui asas pelaburan saham.  Maka, dengan sedikit kekuatan dan kemahiran menulis. Alhamdulillah buku tersebut telah di miliki lebih dari 5000 orang pembaca. Bertalu-talu testimoni yang baik masuk menyatakan betapa terima kasih atas penulisan tersebut.

PLPS adalah panduan lengkap untuk pelabur baru, baca dan amalkan. Bermula dari meletakkan objektif pelaburan, sehinggalah cara-cara melabur IPO, MITI, saham luar negara, asas teknikal analisis, fundamental dan lain-lain. Ianya sebuah buku wajib yang perlu di punyai oleh semua pelabur yang mahu berjinak-jinak dalam dunia pelaburan.

Hasil dari permintaan PLPS di luar jangkaan awal saya. Dengan itu, saya berhajat mengeluarkan buku mengenai teknikal analisis. Buku kedua saya,Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD) lahir atas dasar saya seorang chartist yang mahu melihat anak bangsanya belajar mengenai teknikal analisis secara sistematik  dan betul. Jangan tersilap antara oscillator dan indikator, jangan tersilap pilih trading system yang mempunyai dua petunjuk yang sama dan tidak membantu dalam perdagangan. Saya mahu lihat pedagang memahami candlestick dan penggunaannya yang sangat luas. Saya teringin melihat pembaca membina sebuah trading system yang membantu dalam membuat keputusan berdagang agar mereka membuat untung.

2e64e061-e78b-4390-8b37-14fd4b37e2d1

Saya adalah pemegang sijil MSTA(UK) dan CFTe(US) yang merupakan sijil teknikal analisis yang di iktiraf antarabangsa. Saya bukan saja-saja meletakkan analisis carta tanpa sebarang kredibiliti. Malah, saya minta Dr Nizam, UUM menjadi editor khas. Tidak cukup dengan itu, saya jemput Encik Mohd Hamdan MSTA, CFTe dan Anisah Ozleen CFTe untuk menjadi penyemak teknikal analisis. Begitu komited sehingga sanggup menangguhkan proses penjualan sehingga semua tapisan lulus dengan sempurna. Maaf jika ada sedikit cacat sela, saya sudah cuba memastikan semuanya baik-baik belaka.

CPD berharga RM169.00, setelah puas mencongak kiri dan kanan. Kalau boleh memang tidak mahu membebankan pembeli. Namun, untuk sebuah buku yang menceritakan secara terperinci bagaimana nak baca carta dari candlestick ke ichimoku ke fibonacci sehinggalah chart pattern. Di tambah lagi dengan ciri-ciri seperti komik, hard cover dan full colour. Saya kira harganya sangat berbaloi untuk di miliki oleh pelabur dan pedagang saham di Bursa Malaysia. Baca CPD dan fahami. Kemudian, gunalah untuk menjana keuntungan dari saham-saham yang terdapat di Bursa Malaysia.

Akhir kata, pembacaan buku mungkin tak sama seperti pergi ke kelas dan mempunyai pengalaman trade secara terus di Bursa Malaysia tetapi ianya boleh membantu sedikit sebanyak menambah ilmu sebelum berhadapan dengan dunia pelaburan yang sebenar. Harga buku murah dan boleh di baca berulang-ulang. Bila rugi boleh di baca semula, bila untung boleh di buka lagi. Insha Allah, RM59.00 dan RM169.00 merupakan pelaburan yang sangat berbaloi untuk di miliki oleh semua pelabur di Bursa Malaysia.

PS : Insha Allah baby (buku) ketiga saya adalah mengenai psikologi sebagai seorang trader. Siapa tahu dalam usia yang sangat muda, saya sudah rugi ratusan ribu ringgit daripada kesilapan berdagang secara membuta tuli. Siapa tahu dari kereta nak kereta tarik sehingga sudah boleh bertatih semula dan berdiri sedikit demi sedikit dari hasil berdagang saham dan aset lain? Buku ketiga akan mengambil masa, mungkin dua atau tiga tahun lagi kerana saya mahu pembaca merasai sama pengalaman rugi RM40,000 dalam satu trade dan untung yang banyak juga dalam satu trade.

28
Team Idea Saham

Saya Nor Akmar. Saya adalah REMISIER, CERTIFIED CHARTIST dan TRADER.

Saya belum berjaya dalam definisi saya sendiri dan mahu berusaha dengan jujur. Harapan saya, semoga tulisan-tulisan ini membantu lebih ramai orang.

Salam sayang. Terima kasih kepada semua yang sudah memiliki. PLPS dan CPD.

Boleh whatsapp hotline di bawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan CPD & PLPS

Www.wasap.my/60169367477
Www.wasap.my/60169367477
Www.wasap.my/60169367477

Call/SMS/Whatsapp 0169367477

Nor Akmar Abdullah
MSTA,CFTe
Remisier, Retail Equity
CIMB Investment Bank, Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...