ECRL : Batal atau tidak?

Teka teki ini telah menjadi semakin parah & berkudis. Sikap menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain amat merunsingkan komuniti pelabur.

Dapat di lihat daripada pelbagai kenyataan dari sumber-sumber terbuka suratkhabar & laman sesawang sepertinya mereka memang mahu terus membatalkan. Namun, mungkin akibat dan kesan yang bakal menimpa Malaysia secara terus terutamanya berkaitan urusan ekonomi dengan China (baca : komoditi, import & eksport). Kerajaan hari ini masih teragak-agak untuk meneruskan pembatalan ini.

Kita maklum bahawa negara-negara besar seperti Eropah, India dan China merupakan rakan niaga Malaysia yang tidak boleh di pandang ringan. Sebarang kesilapan dan sikap ego bakal sedikit sebanyak merencatkan ekonomi tempatan yang amat bergantung kepada negara-negara ini.

Garis masa projek East Coast Rail Link – ECRL

21-Oct-16 Kabinet meluluskan ECRL – RM46b untuk fasa pertama
1-Nov-16 Kontract EPCC di tandatangani bersama China Communications Construction Co. (CCCC)
Apr-May 2017 Kerja-kerja pembinaan awal untuk ECRL bermula
13-May-17 Kerajaan (BN) menandatangani perjanjian tambahan untuk melaksanakan fasa 2 ECRL dengan tambahan kos sebanyak RM9bn)
3-May-17 Kabinet meluluskan tambahan laluan ECRL dari Wakaf Baru ke Pengkalan Kubor di Kelantan dengan penambahan kos sebanyak RM1.3b.
23-Aug-17 Kabinet telah meluluskan naiktaraf ECRL ke laluan bertentangan dengan tambahan kos sebanyak RM10.5b

PILIHANRAYA (9 Mei 2018)

3-Jul-18 Kerajaan baru mengeluarkan perintah pemberhentian segala kerja untuk projek ECRL dengan serta merta (penggantungan kerja)
21-Aug-18 Perdana Menteri Tun Mahathir mengumumkan bahawa projek ECRL dibatalkan
2-Nov-18 Bajet 2019 menekankan bahawa projek ECRL masih digantung sementara menunggu kajian semula
23-Jan-19 Media melaporkan bahawa kerajaan akan mencari kontraktor baru bagi projek ECRL
25-Jan-19 Media melaporkan bahawa Kabinet telah menamatkan kontrak ECCC ECCC dengan CCCC
26-Jan-19 Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata : Pembatalan projek ECRL adalah kerana kos faedah yang tinggi sekurang-kurangnya RM500 juta
28-Jan-19 Pengumuman rasmi status ECRL akan dibuat tidak lama lagi (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng)
30-Jan-19 Sumber mengatakan bahawa kontraktor EPCC China Communications Construction Co. (CCCC) sedang mencari penyelesaian yang baik untuk projek ECRL
31-Jan-19 Kabinet memutuskan bahawa perkara mengenai projek ECRL hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri
Sumber : Akhbar & kenyataan oleh MOF

 

Dari kenyataan-kenyataan di atas terutama selepas pilihanraya ke14, jujur saya katakan mungkin terdapat perbalahan dalaman & ketidaksepakatan dalam menentukan nasib ECRL.

Sebab-sebab pembatalan yang di canang?

  • Kos
  • Kos
  • Kos
  • Kos termasuk kadar faedah
  • Kos yang belum tentu tepat berdasarkan kenyataa-kenyataan yang bercanggah.
  • Ianya projek tinggalan kerajaan lama.

Selain dari itu, hanya jutaan kebaikan yang boleh di dapati oleh rakyat Malaysia dan meningkatkan ekonomi terutamanya bagi rakyat pantai timur ini. Hal ini kerana ECRL bukan sahaja bakal menghubungkan Pelabuhan Kuantan di Pantai Timur Malaysia dan Pelabuhan Klang di Pantai Barat Malaysia, malah ia bakal merancakkan aktiviti ekonomi setempat di jajaran pembinaan terutamanya bagi setiap hentian yang bakal di bina.

Bagi pelabur di Bursa Malaysia pula, kenyataan yang bersimpang siur begini bukan sekadar mengurangkan keyakinan pelabur- walaupun bakal di nafikan & sudah terang lagi bersuluh. Malah, ianya akan menyebabkan pelabur baru tidak berminat untuk meneruskan sebarang urusniaga dengan Malaysia.

Data tentang pinjaman ECRL yang anda mungkin mahu tahu:
-Kadar Faedah 3.25%
Syarat perjanjian :

  1. Hutang perlu dibayar selama 20 tahun
  2. Malaysia tak perlu bayar kadar faedah selama 7 tahun.
  3. Pinjaman dalam kadar pertukaran asing yang tetap – bermakna kita tidak terdedah kepada risiko kenaikan kadar tukaran
Syarikat-syarikat yang di senaraikan di Bursa Malaysia yang mungkin berkaitan dengan ECRL
  • GAMUDA
  • Muhibah Engineering
  • IJM Corp Bhd
  • YLT Corp

Gambar-gambar : Ihsan google

Video sebagai kenangan.

Kesimpulannya,

Bersikap tegaslah kerajaan terkini. Batal atau teruskan. Jangan pula downgrade sehingga tidak berkualiti. Pelabur dan rakyat pantai timur mahukan jawapan.

Nor Akmar – Remisier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...