Information overload semasa trade

Kenapa saya tidak suka kepada ‘overload information’ semasa nak trade?

Kalau boleh saya tidak akan join group telegram yang berteraburan. Kalau join sekalipun limit kepada pembacaan sekali sekala. Bukan setiap masa dan setiap hari.

Nak trade bermaksud nak kena buat keputusan. Keputusan bermaksud duit.

Saya tidak mahu keputusan saya jadi kacau bilau dan berterabur di sebabkan pelbagai informasi yang tidak perlu.

Nak trade saham ni kau hanya kena tahu 3 benda:

  • Saham apa nak beli
  • Harga nak beli
  • Harga nak jual (TP atau CL)

Cukup :

  • Screener/filter
  • Analysis skill – to identify stock.
  • Trading system – trading plan & money management.
  • Execution – jaga emosi

Selain dari itu, hanya membantu.

Nak-nak kalau tengah loss. Masa tu la tangan kau gatal nak cari news untuk support wrong earlier decision. Kau sedar tak sedar pergi buka I3investor, cuba cari lanun dalam tu cakap apa. Dalam behavioural finance, ini di namakan anchoring bias. Lagi best, kau hanya cari berita yang sokong kenapa kau kena hold saham tu walaupun terang-terang trading system kau cakap,

‘CUT LOSS la Bo^*(K’

Jangan terperangkap dalam information overload.

Hidup ni mudah, kalau gatal, GARU!

 

Nor Akmar MSTA, CFTe

Remisier, Retail Equities CIMB Investment Bank

Penulis Buku:

Panduan Lengkap Pelaburan Saham

Candlestick Petunjuk Dagangan

Wanita Malaysia Pertama memberi ucapan di pentas teknikal analisis antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...