Majlis pelancaran buku Candlestick Petunjuk Dagangan

Pada 4 Ogos yang lalu, pihak Idea Saham telah menganjurkan majlis perasmian buku kedua saya iaitu Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD). Majlis high tea berkonsep santai ini bertempat di EDC Hotel, Kuala Lumpur. Kami telah menjemput Encik Md Hasrin Md Hassim selaku Presiden Persatuan Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) untuk merasmikan majlis tersebut.

Atucara majlis

2.30 pm: Bacaan doa oleh naib presiden PRIBUMI, Tok Kay untuk membaca doa. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.40 pm: Tuan Nik Ihsan iaitu Presiden Persatuan Malaysian Association of Technical Analyst telah menyampaikan taklimat mengenai keadaan semasa pasaran saham.

3.15 pm- Doktor Nizam, UUM selaku editor khas CPD telah memberi ucapan ringkas

3.30 pm – Saya (Puan Nor Akmar) berceloteh serba sedikit mengenai kehidupan beliau di zaman kanak-kanak dan remaja yang membawa kepada penulisan buku-buku berkaitan saham.

4.00 pm – Encik Md Hasrin berucap dan seterusnya merasmikan buku CANDLESTICK PETUNJUK DAGANGAN.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para jemputan yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ringkas ini.

Video sempena majlis tersebut.

Antara makanan yang di hidangkan

   

 

Gambar-gambar sekitar majlis

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut terutama rakan-rakan dari PRIBUMI dan MATA. Termasuk pembaca-pembaca yang amat saya hargai.

Mari saya ceritakan serba sedikit mengenai Candletstick Petunjuk Dagangan (CPD)

Buku ini berharga RM169.00 sahaja.

Ciri-ciri

  • Berkulit keras
  • Berwarna sepenuhnya
  • Bahasa melayu.

Saya menulis buku ini dengan harapan supaya ianya dapat menjadi sebuah buku rujukan bagi pedagang yang ingin mempelajari dengan lebih dalam teknikal analisis dalam bahasa melayu. Dari candlestick pattern, advance pattern, fionacci, ichimoku, RSI dan lain-lain.

Insha Allah, buku ini akan membantu anda untuk mengenali candlestick dan teknikal analisis dengan lebih dalam dan seterusnya menggunakan ilmu tersebut untuk berdagang dengan lebih baik di Bursa Malaysia.

Untuk mendapatkan nukilan kedua saya ini. Bolehlah hubungi 0169367477 (whatsapp/call/SMS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...