Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD)

Availability: In stock

RM169.00

Quantity :
Compare
Category:
Assalammualaikum dan selamatsejahtera.

Tahniah kerana anda berjaya menemui laman web kami ini. Saham syarikat apa yang anda nak beli ni? nak beli pada harga berapa? Dah beli mesti nak kena jual tapi nanti nak jual kat harga berapa?Atau anda mahu menjadi salah seorang yang mahir dalam mengkaji saham melalui latihan teknik alanalisis? Tapi bagaimana? Pelbagai persoalan kenapa anda perlu belajar candlestick.

Persoalan ini akan terjawab selepas penerangan saya ini. Jadi jom teruskan pembacaan..

Sebelum itu mari saya terangkan kenapa buku ini wujud sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi?Baiklah.. jom baca kisah ini.. Pada tahun 2014 saya baru lepa smemperolehi kelulusan MSTA iaitu Sijil Teknikal Analisis dari United Kingdom (Certified Technical Analyst, Certified Financial Technician). Sijil ini diberikan kepada semua yang bijak menjawab semua soalan ujian dalam Teknikal Analisis dan menjadi pakar. Guru saya ketika itu ialah orang yang tidak asing lagi dalam dunia saham iaitu Datuk Dr. Nazri Khan.

Alhamdulillah saya berjaya melepasi ujian ini walaupun masih ada yang kecundang disebabkan kegagalan menjawab soalan dalam ujian tersebut kerana ujian ini sangat-sangat sukar. Ianya perlukan latihan, bacaan dan olahan untuk setiap topik dalam Teknikal Analisis. Pelbagai buku saya baca terutamanya Buku Reminiscences of a Stock Operator penulisan dari Edwin Lefevre dan How to Make Money in Stocks penulisan dari William J.O’neil. Semuanya dalam Bahasa Inggeris kerana ketika itu tidak ada buku dalam Bahasa Melayu yang lengkap seperti penulisan mereka berdua ini. Saya dapat buku ini dari Kinokuniya di Suria KLCC. Cuba anda beli dan baca.

Gambarajah:  Sijil STA dari United Kingdom.  Jika individu dari Malaysia yang terima sijil ini akan dipanggil MSTA.

Selain itu juga saya memperolehi Sijil CFTe iaitu Sijil Teknikal Kewangan dari United States (Certified Financial Technician) pada tahun yang sama iaitu tahun 2014. Dengan lulusnya saya dalam ujian ini melayakkan saya untuk menjadi seorang Remisier yang pakar dalam Teknikal Analisis dan Teknikal Kewangan. Tapi bukanlah sifuyeeee… saya masih perlukan banyak ilmu seperti anda semua.

Gambarajah : Sijil CFTe dari United States

Selepas 2 tahun bergelar Remisier saya memperolehi lebih dari 200 pelanggan yang membuka akaun CDS dengan saya. Tak ramai pun. Semestinya hampir 99% pelanggan saya ialah orang melayu yang pelbagai latar belakang. Ada yang bekerja sebagai penjawat awam, pekerja swasta dan ahli perniagaan. Tapi malangnya masih ada yang tidak mula melabur sehingga hari ni. Jika ditanya kenapa, masing-masing memberi jawapan yang hampir sama iaitu tidak tahu nak belajar kaji carta (Chart) dan tidak ada duit sebab duit dah habis pergi kelas ribu riban.. kesian… tapi saya juga ada memberi senarai buku kepada mereka semua untuk mereka baca dan pahamkan. Tapi malangnya ada yang beli tapi tak baca sebab tak paham Bahasa Inggeris dan ada pula tidak beli langsung sebab mahal katanya lepas tu tak faham Bahasa Inggeris juga. Aduhhh.. lagi kesian..

Esoknya saya ke kedai buku berdekatan seperti MPH dan POPULAR untuk mencari buku mengenai Candlestick dalam Bahasa Melayu. Tapi malangnya tiada. Saya terus mencari kot-kot ada dijual secara online. Memang gembira masa tu  sebab memang ada di online sebab buku tersebut tidak didaftarkan di ISBN dan memang logik buku tersebut tidak ada di kedai buku. Buku tersebut sampai pada saya selepas beberapa hari saya buat tempahan dan saya baca untuk mengetahui isi kandungannya. Nama buku tersebut terpaksa saya rahsiakan atas sebab tertentu. Setiap helaian saya amati betul-betul isi kandungan buku tersebut dan setiap kali juga saya bercakap dalam diri saya.. Apa ni? Apa ni? Takkan itu je? Kadang-kadang saya termenung sebab tertanya-tanya kenapa buku Bahasa Melayu kita standard ini sahaja sebab penulisnya dah macam artis popular di negara barat.

Akhirnya saya tunjukkan juga pada pelanggan saya untuk mereka beli dan baca sebab sekurang-kurangnya mereka tahu sikit dari tak tahu langsungkan. Rupanya ada dikalangan pelanggan saya yang sudah beli buku itu. Alhamdulillah.. Tapi kenapa masih tak melabur? Itu perkataan pertama saya yang saya tanya pada pelanggan saya. Pelanggan saya kata mereka sudah cuba kaji carta (chart) di ITrade (system online CIMB) tapi masih tak faham. Dalam hati saya dah mula berkata takkanlah tak faham langsung sebab dalam Bahasa melayu kot.

Dah puas fikir saya pun cuba la buat kelas untuk mengajar mereka. Bayarannya masa tu RM50 sahaja seorang untuk buat cover sewa tempat dan makan. Kadang2 hanya seorang yang datang, dan ada hari yang sorang pun tak datang. Hahaha.. maklumlah tak glamour.. Saya pun buat keputusan untuk menghentikan kelas buat sementara. Selepas beberapa hari selepas itu mereka datang ke pejabat saya dan minta saya buat buku mengenai Candlestick dalam Bahasa Melayu sebab saya pernah ada pengalaman menulis sendiri Buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham sebelum ini dan mereka berpuashati lagipun bukan mereka tak nak datang ke kelas tapi kekangan masa bekerja mereka terutamanya Polis dan Tentera sebab mereka kena stanby on call. Saya pun setuju dengan permintaan mereka walaupun penat menghasilkan buku pertama saya iaitu Buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham masih terasa dan terfikir juga apa salahnya saya cuba menulis untuk memudahkan mereka yang berada jauh dan tidak mempunyai masa yang tepat untuk ke kelas.

Jadi wujudlah Buku Candlestick Petunjuk Dagangan ini pada tahun 2018. Saya ambil masa hampir 2 tahun untuk siapkan buku ini. Fuhh… lamanyaaa… cabaran utama saya ialah untuk dapatkan contoh candlestick bila digabungkan dengan Chart Pattern, indicator dan lain-lain dalam carta (chart) di Bursa Saham Malaysia. Dalam buku ini saya sudah siapkan untuk semua pelanggan saya dan pelabur di luar sana untuk mengkaji sendiri carta (chart) dalam saham berdasarkan candlestick, chart pattern, indicator, oscillator, fibonacci dan macam-macam lagi untuk kemudahan para pelabur menjadi salah seorang pelabur mempunyai ilmu dalam Teknikal Analisis yang penting.

Alhamdulillah, dengan adanya buku ini sudah ramai pelanggan saya mula melabur walaupun sedikit unit saham yang mereka beli. Tak kisahlah asalkan mereka sudah mulakan langkah untuk mengkaji sendiri. Memang seronok bila masing-masing dah mula tahu nama syarikat saham yang mereka beli dan jual sendiri. Lama-kelamaan mereka pasti akan lebih mahir seperti kanak-kanak mahu belajar berjalan dan seterusnya berlari.

Jadi kepada anda semua, jangan tunggu lama-lama untuk belajar Candlestick dalam buku ini kerana anda tak perlu tunggu 2 tahun lagi seperti pelanggan saya sebelum ini yang menunggu lama untuk saya siapkan Buku Candlestick Petunjuk Dagangan ini. Saya yakin anda akan dapat manfaat dari buku ini juga sama seperti pelanggan saya yang sangat berpuashati dan mula melabur dengan mengkaji sendiri untuk urusan jual beli saham dan yakinlah jika pelanggan saya boleh, kenapa pula anda tidak boleh.

 

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR DARI BUKU CANDLESTICK PETUNJUK DAGANGAN?

  1. BELAJAR untuk memahami candlestick dan Chart Pattern.
  2. BELAJAR untuk mengenal pasti fungsi jenis-jenis kumpulan candlestic.
  3. BELAJAR untuk tahu pergerakkan saham seterusnya.
  4. BELAJAR teknik gabungan antara candlestick dengan indicator.
  5. BELAJAR melalui latihan untuk membuat garisan-garisan penting dalam saham.
  6. BELAJAR untuk mengkaji sendiri saham-saham yang lepas untuk anda lebih faham saham apa yang lebih berdaya untuk untung dan rugi.
  7. BELAJAR membuat kajian sendiri untuk membeli saham pada harga berapa.
  8. BELAJAR membuat kajian sendiri, masa bila mahu jual saham tersebut.
  9. BELAJAR untuk memahirkan diri dan memberi keyakinan pada anda untuk melabur. Jika masih was-was anda boleh buat latihan dari buku ini sehingga anda betul-betul yakin dan bersedia.
  10. BELAJAR untuk MENGAJAR kepada keluarga anda atas ilmu yang anda perolehi dari buku ini.

 

JUDUL BUKU : CANDLESTICK PETUNJUK DAGANGAN

PENULIS : NOR AKMAR

JUMLAH MUKA SURAT : 220 MUKA SURAT

TERBITAN : DEA MARISSA RESOURCES

RM169 sahaja

  • Kos pos percuma ke Seluruh Malaysia
  • 1 ebook percuma

[ Ebook 1] Penggunaan Candlestick UntukPelaburanSaham Global

 



Loading...