Saham berkaitan GE14

Salam semua…

Hari esok merupakan hari pertama Bursa Saham akan di niagakan selepas cuti yang panjang selama 5 hari. Hari esok juga adalah hari pertama dalam sejarah Bursa Malaysia apabila kerajaan baru mengambil alih di mana ianya tidak pernah berlaku. Ini bermakna kita tidak mempunyai sejarah lama untuk di rujuk untuk menjangkakan kesan terdapat pergerakkan harga saham dan reaksi pelabur. Di bawah adalah laporan yang di alih bahasa dari Bloomberg yang saya boleh di jadikan penyuluh buat masa ini.

  • Pembinaan (construction)

Pakatan Harapan menjanjikan untuk mengkaji semula projek-projek antarabangsa seperti ECRL. Antara saham-saham yang perlu di beri perhatian adalah Gamuda Bhd, IJM Corp, MRCB dan GKENT.

  • Saham berkaitan dengan individu dalam politik
Barisan Nasional Pakatan Harapan (kerajaan terkini)
Saham berkaitan keluarga Dato’ Sri Najib –CIMB Bank (Nazir Razak) OPCOM – CEO (Mokhzani Mahathir – anak Tun Mahathir)EDEN Inc Bhd – Non-Independent and a Non-Executive Director of EDEN (Fakhri Yassin Mahiadin – anak Muhyiddin Yasin)

Thriven Global Bhd – Executive Chairman (Fakhri Yassin Mahiadin – anak Muhyiddin Yasin)

DESTINI– Berkaitan UMNOKUB – Berkaitan UMNO
Government link- MYEG, DATASONIC, DRBHicom, FGV,Media – Utusan Melayu (M) Bhd, Media Prima Bhd, Star Media Group
  • Saham berkaitan pengguna

Pakatan Harapan berjanji dalam menifestonya untuk menghapuskan GST, pemberian semula subsidi minyak dan gaji minimum sebanyak RM1,500. Berikut adalah saham yang mungkin terkesan dengan perlaksanaan ini:

  1. NESTLE
  2. DUTCH LADY
  3. Heineken
  4. Calsberg
  5. PADINI
  • Sebarang penurunan atau kenaikan ringgit akan memberi kesan kepada industri semiconductor seperti :
  1. INARI
  2. VITROX
  3. UNISEM
  4. MPI
  5. GTRONICS
  6. Pembuat sarung tangan- TOPGLOVE, HARTALEGA

Yang lain saya akan kemaskini lagi dari semasa ke semasa

Nor Akmar MSTA, CFTe

Remisier, Retail Equities CIMB Investment Bank

Penulis Buku:

Panduan Lengkap Pelaburan Saham

Candlestick Petunjuk Dagangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Loading...