Idea Saham pada mulanya adalah blog perseorangan untuk Puan Nor Akmar melontarkan buah fikiran mengenai pasaran saham mulai tahun 2013. Namun, kini team Idea Saham sudah berkembang dan di terajui oleh 3 orang yang masing-masing berperanan membantu pelabur mencapai hasrat menjadi pelabur yang konsisten membawa pulang duit dari pasaran.

Idea Insight Trading merupakan syarikat yang di tubuhkan bagi segala transaksi berkaitan aktiviti Idea Saham iaitu

  • Pembukaan akaun CDS melalui pos
  • Penjualan buku berkaitan saham
  • Kelas dan seminar yang di anjurkan oleh Idea Saham

PENERAJU IDEA SAHAM

Nor AkmarĀ  MSTA, CFTe

  • Pengasas
  • Remisier di CIMB Investment Bank (Cawangan Kuantan)
  • Penulis buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham (PLPS) & Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD)
  • Penceramah bebas persendirian, jemputan university, badan awam dan swasta

Puan Nor Akmar merupakan remisier yang mempunyai lesen CMSRL di bawah Securities Commission dan di perakui oleh Bursa Malaysia. Malah beliau juga mempunyai sijil MSTA (UK) dan CFTe (US) yang merupakan sijil bertaraf antarabangsa bagi penganalisis teknikal selain sudah terlibat dalam pasaran saham sejak tahun 2010. Bermula daripada minat sejak mengambil Diploma Analisis Pelaburan (2006) dan mula membuat praktikalĀ  di OSK Investment Bank (2009), beliau seterusnya memulakan kerjaya di Maybank Investment Bank sebagai Investment Share Executive (2010). Lalu, pada tahun 2013 beliau mula mengorak langkah dan menjadi Remisier di CIMB Investment Bank sehingga hari ini.

Seterusnya beliau mula menulis dua buah buku yang telah terjual lebih dari 10,000 unit di seluruh Malaysia dan membantu pelanggan saham lebih dari 500 orang pelabur saham yang membuka akaun CDS bersamanya. Kini beliau aktif memberi ceramah di seminar dan kelasanjuran Idea Saham, di universiti, badan awam dan swasta tempatan.

Azli Othman MSTA, CFTe

  • Pengurus teknikal bahagian akaun CDS dan kelas
  • Pedagang FCPO dan saham bebas

Encik Azli pula merupakan graduan luar negara dalam bidang akaun, mempunyai pengalaman luas selama 20 tahun dalam selok belok pasaran saham dan hadapan di Bursa Malaysia. Beliau memulakan kerjaya di OSK Investment Bank bermula pada tahun 2001 sehingga tahun 2013. Pada tahun yang sama, beliau mencabar diri untuk menjadi remisier di Kenangan Investment Bank Berhad sehingga tahun 2016. Seterusnya Azli memilih untuk menjadi pedagang pasaran hadapan sepenuh masa di samping membantu team Idea Saham bagi bahagian pengurusan akaun dan kelas.

Muhammad Najib Ahmad
  • Pengurus jualan buku dan bahan ilmiah.
Encik Muhammad Najib adalah pengurus Idea Insight Trading. Beliau merupakan graduan dari Universiti Selangor dalam bidang pengurusan industry. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses penjualan dan pengurusan buku di bawah Idea Saham.

Mengapa anda perlu memilih Idea Saham sebagai rakanniaga dalam mencapai hasrat dan cita-cita anda menjadi pelabur yang konsisten membawa pulang wang ke dom petanda?

  • Team yang komited
  • Berpengalaman luas dan mempunyai persijilan yang di iktiraf antarabangsa.
  • Hub setempat.
  • Mudah berhubung & friendly

Kami menyediakan One Stop Centre untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia

1. Buka akaun CDS & perkhidmatan kemaskini portlio

Khidmat nasihat bagi memulakan pelaburan saham termasuk pemberian trading idea percuma.

2. Pendidikan

Kami menyediakan kelas & personal coaching.

  • Swing
  • Intraday trading
  • Value investment

3. Buku

Penerbitan buku berkaitan pelaburan :

  • Panduan Lengkap Pelaburan Saham
  • Candlestick Petunjuk Dagangan
  • Journal & artikel


Loading...