Tahukah Anda?:​​

Pengenalan kepada Cutloss dalam Pelaburan Saham

Seringkali dalam dunia pelaburan saham kita dengar istilah “cutloss”. Namun, apa itu cutloss? dan bagaimana ia berfungsi?

Apa itu Cutloss?

Cutloss adalah aktiviti menjual saham pada harga yang lebih rendah daripada harga beli, menyebabkan kerugian dari segi capital gain.

Sebagai contoh jika seseorang membeli saham MISAI pada harga RM10 seunit dan kemudian menjualnya pada RM9 seunit, kerugian yang dialami adalah sebanyak RM1 untuk setiap unit saham tersebut.

Bagaimana untuk Menentukan Aras Cutloss?

Menentukan masa yang sesuai untuk cutloss adalah sangat penting dalam strategi pelaburan. Terdapat tiga pendekatan utama dalam menentukan aras cutloss:

1. Analisa Teknikal: Melalui pendekatan ini, pelabur menggunakan chart dan indikator untuk menentukan paras harga yang sesuai untuk melakukan cutloss.


2. Analisa Fundamental: Melalui analisa ini, pelabur akan menilai asas kewangan dan prestasi syarikat.


3. Risk Percentage: Ini merujuk kepada peratus risiko yang seseorang pelabur bersedia untuk mengambil dan ia akan menentukan bila masa yang sesuai untuk cutloss.

Bila Perlu Cutloss?

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh pelabur untuk menentukan bila masa yang tepat untuk cutloss:

1. Kawasan Support: Jika harga saham jatuh di bawah kawasan support, ini mungkin menandakan bahawa harga saham akan terus jatuh. Cutloss pada tahap ini boleh mengelakkan kerugian yang lebih besar.
2. Percentage: Sebagai contoh, jika saham jatuh sebanyak 5-10% dari harga beli, adalah sesuai untuk cutloss.
3. Nilai Syarikat: Jika syarikat mengalami penurunan prestasi, seperti penurunan revenue, ini boleh menjadi tanda untuk cutloss.
4. Sentiment Pasaran: Cutloss mungkin dilakukan berdasarkan trend pasaran keseluruhan, seperti jika indeks FBMKLCI menunjukkan prestasi negatif.

Melakukan cutloss adalah salah perkara paling sukar dalam pelaburan saham. Namun, dengan strategi cutloss yang betul dapat meminimakan risiko kerugian.

Views: 154