Biasa dengar tak orang cakap macam ni
“Naik 1 atau 2 bid je dah boleh untung!”
Apa itu bid sebenarnya? Bid adalah nilai perbezaan pergerakan dari satu harga ke harga yang lain. Setiap nilai 1 bid kenaikan atau penurunan harga saham adalah berdasarkan skala harga sesuatu saham tersebut.
Bagi harga saham dibawah RM1, 1 bid kenaikan atau penurunan harga adalah sebanyak 0.005 sen.
Seterusnya untuk harga saham diatas RM1 sehingga RM9.99, nilai 1 bid kenaikan atau penurunan harga adalah sebanyak 0.01 sen.
Untuk harga saham diatas RM10 sehingga RM99.98, saiz bid adalah sebanyak 0.02 sen.
Manakala untuk harga saham bermula RM100 dan keatas, adalah sebanyak 10 sen.
Sebagai contoh, jika anda ingin melihat kenaikan atau penurunan harga saham RM1.20, nilai 1 bid kenaikan adalah sebanyak 0.01, maka harga seterusnya akan menjadi RM1.21, RM1.22, RM1.23,… Untuk perununan harga saham RM1.20 pula akan menjadi 1.19, 1.18, 1.17,…
Jadi selepas ini, anda dah tahu macam mana nak set TP untuk ambil keuntungan dari perbezaan harga saham nanti.
Dapat sesuatu? Jom kongsikan ilmu ini pada orang lain😉
 #dapatsesuatu
Â
Views: 44