Tahukah Anda?:​​

Limit Up VS Limit Down

Limit Up dan Limit Down merupakan had harga sesuatu saham untuk naik dan turun dalam tempoh sehari. Tapi kenapa ada limit? Tujuan pihak Bursa menghadakan pergerakan harga adalah bagi mengelakkan daripada berlaku sindiket yang boleh menyebabkan spekulasi harga saham.

Apa Itu Limit Up?

Limit up adalah limit maksimum kenaikan harga saham pada suatu hari perdagangan. Ianya merupakan suatu situasi yang sesuatu saham itu tidak dapat naik lebih tinggi lagi disebabkan sudah mencapai limit kenaikan yang ditetapkan oleh bursa.

Pihak Bursa Malaysia telah menetapkan limit kenaikan bagi saham berharga RM 1.00 adalah 30% daripada harga tutup hari sebelumnya.

Contoh: Harga saham MISAI semalam tutup pada harga RM1.00

Jadi limit Up saham MISAI adalah;

RM1.00 + (RM1.00 X 30%) = RM1.30

Untuk saham yang berharga bawah RM 1.00 pula, limit kenaikan adalah sebanyak 30sen dari harga tutup hari sebelumnya.

Contoh: Harga saham KUMIS semalam tutup pada harga RM0.20

Jadi limit Up saham KUMIS adalah;

RM 0.20 + 0.30 = RM 0.50

Limit Down pula?

Bagi Limit Down ianya bertentangan dengan Limit Up. Ianya adalah limit terendah untuk harga saham jatuh dalam sehari. Seperti Limit Up, Limit Down juga terbahagi kepada 2 cara kira iaitu harga diatas RM1.00 dan Harga bawah RM 1.00.

Bagi saham RM1 ke atas, limit kejatuhan harga dalam sehari adalah 30% dari harga tutup hari sebelumnya.

Contoh: Harga saham JANGUT semalam tutup pada harga RM 1.00

Jadi limit Down saham JANGUT adalah;

RM 1.00 -(RM 1.00 X 0.30) = RM 0.70

Limit Down untuk harga dibawah RM 1.00 pula adalah sebanyak 30sen dari harga tutup sebelumnya.

Contoh: Harga saham KKBI semalam tutup pada harga RM0.60

Jadi limit Down saham KKBI adalah;

RM 0.60 – 0.30 = RM 0.30

Dengan adanya Limit Up dan Limit Down, pihak Bursa Malaysia mengawal pergerakan harga saham dan melindungi pasar daripada spekulasi harga saham yang boleh menyebabkan kerugian di pihak para pelabur.

Batik Fractal Private Mandate

BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE Terlebih dahulu, Apa itu Private Mandate? Private mandate adalah salah satu produk kewangan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan portfolio pelabur dengan strategi & tumpuan kepada pasaran tertentu. BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE menggunakan strategi momentum di pasaran saham Bursa Malaysia. Justifikasi di sebalik strategi ini adalah kerana walaupun dalam keadaan turun atau naik,

Read More »

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit​

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit Satu benda yang korang boleh nilai dari sorang Cikgu atau Sifu trading adalah intergriti dalam mempromosikan apa jua jenis instrument. 1) Individu berlesen – ada lesen tak kira remisier, FBR, FP, fund manager, analyst, unit trust agent, MR atau apa sahaja. 2) Instrument yang di promosikanA) Produk patuh shariah.B)

Read More »

Perbezaan Institusi Kewangan​

Tahukah Anda?:​​ Perbezaan Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah entiti atau organisasi yang beroperasi dalam sektor kewangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis institusi kewangan, dan perbezaan antara mereka bergantung kepada fungsi, perkhidmatan yang disediakan, dan cara beroperasi. Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara institusi kewangan: 1. Bank Komersial: Menyediakan pelbagai perkhidmatan

Read More »

REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK

Tahukah Anda?:​​ MACAM MANA NAK TAHU REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK?? Dalam dunia internet sekarang ni yang semua orang boleh jadi apa yang mereka mahu jadi, ada yang mahu jadi Doctor lah, penganalisa politik lah, agamawan lah, dan yang paling menyusahkan orang ramai adalah sifu-sifu saham yang tiba-tiba muncul dalam medsos kita. Persoalannya, macam mana

Read More »

Kelebihan ICPO

Tahukah Anda?:​​ Kelebihan Berdagang Dengan FCPO Berdagang dalam kontrak berjangka minyak kelapa sawit mentah (FCPO) memiliki beberapa kelebihan yang menarik bagi pelabur dan peniaga, tetapi juga melibatkan risiko. Di sini adalah beberapa kelebihan berdagang FCPO: 1. Peluang Diversifikasi: FCPO adalah cara yang baik untuk diversifikasi portofolio pelaburan anda. Ia membolehkan pelabur untuk mendapat akses kepada

Read More »

Hedging

Tahukah Anda?:​​ Apakah Hedging? Hedging adalah strategi yang digunakan dalam kewangan untuk melindungi diri daripada risiko perubahan harga atau nilai aset kewangan. Ia melibatkan pengambilan posisi atau tindakan yang bertujuan untuk mengimbangi kerugian yang mungkin timbul akibat perubahan harga aset lain atau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset tersebut. Hedging adalah cara untuk mengurangkan risiko,

Read More »

Views: 198

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!