Tahukah Anda?:​​

Bollinger Bands

Bollinger Bands adalah alat yang berguna untuk mengenal pasti volatiliti pasaran dan membantu pedagang dalam mengenal pasti potensi pembalikan trend, keadaan overbought (terlalu tinggi) dan oversold (terlalu rendah), serta keadaan di mana pasaran mungkin sedang mengalami konsolidasi sebelum pergerakan harga yang besar.

Komponen utama indikator ini, iaitu garis tengah, garis atas, dan garis bawah.

Garis Tengah: Ia adalah purata bergerak sederhana (simple moving average) yang biasanya menggunakan 20 tempoh. Garis ini memberikan pandangan umum tentang arah trend pasaran.

Garis Atas: Garis ini dihasilkan dengan menambahkan dua kali nilai deviasi piawai dari purata bergerak kepada jalur tengah. Ia memberikan pandangan tentang potensi tahap rintangan (resistance).

Garis Bawah: Garis ini dihasilkan dengan mengurangkan dua kali nilai deviasi piawai dari purata bergerak dari garis tengah. Ia memberikan pandangan tentang potensi tahap sokongan (support).

Kebaikan Bollinger Bands:

1. Mengukur volatiliti pasaran.

2. Identifikasi titik masuk dan keluar saham.

3. Menyediakan isyarat pembalikan harga saham.

Keburukan Bollinger Bands:

1. False positive signal.

2. Tidak efektif di pasar trending

3. Tidak dapat digunakan sebagai alat tunggal

Penting untuk diingat Bollinger Bands hanya merupakan alat untuk membantu analisis dan tidak memberikan jaminan keputusan perdagangan yang tepat. Ia sebaiknya digunakan bersama dengan analisis teknikal dan fundamental yang komprehensif untuk mengambil keputusan perdagangan yang berdasarkan risiko yang berpandukan strategi individu.

Views: 3