Tentang Kami

Nama saya Nor Akmar binti Abdullah MSTA, CFTe. Kini saya merupakan remisier di CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Kuantan. Anda boleh menekan link INI untuk memastikan bahawa saya adalah remisier berdaftar dan berlesen untuk menjalankan urusniaga di bawah kelolaan Securities Commission dan Bursa Malaysia.


Latar Belakang Pendidikan:

Diploma Investment Analysis – UiTM Dungun -2005-2008

Ijazah Perniagaan Antarabangsa – UiTM Melaka – 2008-2010

Sijil Professional :

Certified Technical Analyst, Certified Financial Technician

Full Member of the International Federation of Technical Analyst (IFTA)

Full Member of the United Kingdom Soceity  of Technical Analyst (UKSTA)

Full Member of the Malaysian Association of the Technical Analyst (MATA)

Perjalanan saya sebagai seorang remisier.

Sebaik sahaja menamatkan ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di UiTM Bandaraya Melaka pada 2010, saya telah di terima oleh Maybank Investment Bank menjadi Investment Share Executive (ISE). Tidak sempat menganggur kerana saya telah melepasi peperiksaan modul 6 & 7 semasa saya menjalani training di OSK Investment Bank semasa latihan praktikal di semester terakhir ijazah.

Pada tahun 2013, saya mengambi keputusan untuk menjadi remisier dan saya memilih CIMB Investment Bank, Kuantan sebagai pejabat. Saya menjadi remisier wanita melayu termuda di Pantai Timur ketika itu. Malah, sehingga kini saya masih satu-satunya remisier melayu di cawangan CIMB Investment Bank, Kuantan yang kini dikenali sebagai CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.

Pada tahun 2016, setelah melancarkan buku pertama saya iaitu Panduan Lengkap Pelaburan Saham (PLPS), saya telah membuat langkah untuk menambah baik perkhidmatan saya kepada pelanggan yang membuka akaun CDS dengan mengambil Mohd Azli Bin Othman, MSTA, CFTe yang juga merupakan certified chartist dan berpengalaman dalam pasaran saham selama 20 tahun ke dalam Team Idea Saham.

Pada tahun 2018, saya telah melancarkan buku kedua saya iaitu Candlestick Petunjuk Dagangan (CPD) yang merupakan sebuah buku bahasa melayu yang komprehensif mengenai teknikal analisis dalam Bahasa melayu.

Puan Nor Akmar juga telah berjaya menjadi WANITA PERTAMA Malaysia yang berjaya di pentas teknikal analisis antarabangsa iaitu persidangan IFTA 2018 – Oktober di PWTC, KL. Bukan mudah, mahu berdiri sama tinggi dengan guru-guru teknikal analisis dunia. Di antara keseluruhan speaker yang berjaya berada di atas pentas tersebut, hanya empat orang di antaranya adalah wanita. Selain dari USA, Jepun dan Australia. Ianya merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dan unik. Kini, beliau melebarkan sayap dengan menjadi Team Leader di mana beliau membawa masuk bakat baru remisier-remisier di seluruh Malaysia.

Visits: 1594

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!