Selamat Hari Wanita Sedunia!
Wanita, kau yang teristimewa….
Keutamaan wanita selalunya adalah keluarga, keluarga dan keluarga.
Setelah itu baru perkara lain seperti kerjaya & cita-cita.
Tapi saya yakin dan pasti, setiap wanita mesti ada wishlist atau impian hidup sendiri.
Keinginan manusia ada pelbagai. Kalau dah hidup mesti ada impian kan. Contohnya :
- Menunaikan umrah & haji. Kalau boleh nak bawa keluarga sekali
- Menunggang kuda! Sekali seumur hidup pun takpe
- Belajar bahasa baru
- Boleh main gitar atau piano
- Melancong ke negara yang idamkan. Di mana sahaja, China, Canada atau Australia!
- Buat skydiving!
- Dapatkan lesen diving! Nikmati pemandangan bawah air yang menakjubkan.
- Merasa catwalk sekali.
- Beli beg Gucci atau LV idaman korang.
- Bantu sekumpulan atau seorang anak yatim untuk berjaya.
- Wujudkan rumah kucing terbiar dan jaga mereka!
- Berkumpul dengan sahabat baik anda di atas kapal layar persendirian
Benda yang orang lain rasa bodoh sekalipun tidak mengapa seperti berjaya bergambar memegang ular sawa atau memasak makanan pagi untuk membantu 100 orang homeless.
Jika hidup sekadar hidup, kera di hutan juga hidup. Jika bekerja sekadar bekerja, ulat dalam batu juga bekerja.
Buatlah sesuatu untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri dan dalam masa yang sama membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Buat sesuatu yang anda boleh ceritakan kepada anak-anak anda. Buat kenangan dan berjasa.
Namun, jika sekadar bekerja. Cukup atau sempatkah untuk anda menunaikan impian tersebut? Laporan oleh Bursa Malaysia baru-baru ini menunjukkan, daripada jumlah keseluruhan akaun CDS yang ada di Bursa Malaysia, kurang dari 20% adalah milik wanita.
Mengapa hal ini boleh terjadi? Sedangkan pelaburan saham di Bursa Malaysia bukanlah rumit benar sehingga amat kurangnya penyertaan WANITA di luar sana. Pelaburan saham bukan skim cepat kaya yang boleh jadikan anda terus kaya esok hari. Namun, ianya salah satu cabang pelaburan yang boleh menjadikan setiap impian kenyataan lebih jika mempunyai ilmu yang betul.
Buka akaun CDS untuk melabur saham di Bursa Malaysia. Miliki saham-saham syarikat-syarikat seperti DIGI, MAXIS, TM, NESTLE, DRBHICOM, FGV, AIRASIA, MAYBANK, BANK ISLAM, KAWAN FOOD, LOUIS VUITTON, NIKE, APPLE, FACEBOOK, GOOGLE ATAU FERRARI.
Biar pegangan anda dalam saham ini menjadi IBU DUIT untuk anda membina kekayaan dan seterusnya menjadi sebab untuk menunaikan impian.
Berdagang untuk pendapatan.
Melabur untuk kehidupan.
*Gambar Captain Marvel sekadar hiasan (Baru tengok semalam..hahaha)
Dari
Wanita yang punya impian untuk melihat wanita lain berjaya,
Buka akaun CDS bersama Remisier Nor Akmar, MSTA, CFTe
Wanita Malaysia pertama yang berada di pentas analisis antarabangsa.
Penulis buku-buku saham bestseller.
Klik link di bawah jika berminat
Views: 172