I’m Remisier Coach Nadjmin
SIAPA SAYA DAN KENAPA SAYA MENJADI REMISIER?
Hi, saya Remisier Coach Nadjmin. Saya ucapkan selamat datang ke mini page saya.
Saya perkenalkan diri. Nama saya ialah Nadjmin bin Md. Wahi. Saya ialah seorang remisier di CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. Saya juga seorang speaker dan seorang penulis saham. Saya bercakap di dalam majlis-majlis tentang pelaburan saham. Selain itu, saya juga pengasas kepada page FB Empayar Saham. Saya telah menulis tentang pelaburan saham di dalam page Empayar Saham sejak tahun 2016 lagi. Banyak ilmu saham percuma yang telah saya kongsikan. Saya asalnya seorang jurutera yang bekerja di dalam bidang oil & gas. Namun, kemudian saya bersara selepas 19 tahun berkerjaya.
Jadi, bagaimana daripada seorang jurutera saya boleh menjadi remisier?
Segalanya bermula dgn minat saya yg sangat mendalam dalam pelaburan saham. Saya mula melabur saham sejak tahun 2010 setelah tamat belajar dgn seorang pelabur saham bebas.
Pada mulanya saya rasa pelaburan saham ni berisiko kerana saya kurang pengalaman. Namun, setelah mengalami banyak kali loss, akhirnya saya faham bagaimana market berfungsi.
Ramai rakan saya yg telah berjaya meraih keuntungan yg besar dalam pelaburan saham. Ada yg smpi mampu beli rumah dan kereta.
Namun, ramai juga yg loss ketika market tak bagus.
Peristiwa yg paling memberikan kesan kepada saya ketika itu ialah apabila seorang rakan saya terkena pump & dump dalam pelaburan saham sehingga beliau rugi 50% drpd keseluruhan modalnya.
Yang paling saya kesali ialah apabila saya sendiri nampak aktiviti pump & dump tu, namun saya tak beri amaran kepada beliau. Akhirnya, beliau serik nak melibatkan diri beliau drpd pelaburan saham.
Peristiwa ini membawa kepada saya mengasaskan page Empayar Saham di FB sejak tahun 2016. Di dalam page ni, saya kongsikan segala yg saya tahu tanpa sesen pun manfaat dari segi kewangan dapat balik kat saya. Sehingga hari ni saya masih terus menulis.
Tetapi, kebaikan yg saya dapat ialah ilmu yg saya pelajari tu terasa berkatnya kerana apabila dikongsikan, ia semakin melekat di hati.
Terdorong dengan kebaikan yg saya boleh dapat apabila saya membantu orang, maka saya pun menukar kerjaya daripada seorang jurutera kepada seorang remisier. Setelah menjadi remisier, saya cuba membantu orang dgn mendedahkan peluang-peluang mencari keuntungan dalam pelaburan saham.
Menjadi seorang remisier berbeza dgn menjadi seorang pelabur saham biasa.
Bila saya seorang pelabur saham, saya hanya mengkaji dan mencari maklumat cukup sekadar saya perlukan shj. Tetapi, apabila saya seorang remisier, saya perlu mengkaji dan mencari maklumat lebih menyeluruh kerana saya perlu bantu orang lain juga. Hasilnya, ilmu dan skill saya turut bertambah meningkat.
Hari ni, saya terus membantu pelanggan-pelanggan saya mencari peluang keuntungan dalam pelaburan saham.
Oleh itu, saya mengajak anda sertai saya. Jom sertai group client saya. Saya tak menjanjikan bulan bintang dalam pelaburan saham. Tetapi, saya janjikan anda akan dapat banyak peluang mencipta keuntungan di dalam pelaburan saham.
Hubungi saya
Hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika anda berminat nak memulakan pelaburan saham, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika anda mahu saya menjadi remisier anda, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika anda mahu melabur di saham2 global seperti di US, Indonesia, Singapura, Thailand dan Hong Kong/China, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika syarikat atau koperasi anda masih belum mempunyai akaun CDS utk tujuan pembelian saham2 IPO atau utk memiliki syarikat lain, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika anda mahu berbincang ttg corporate exercise & IPO financing, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Jika anda mahu menjemput saya utk memberikan seminar ttg pelaburan saham, hubungi saya melalui whatsapp https://wa.me/message/4K6AXWSUOHZ3D1
Lawati page kembar saya di :
https://www.facebook.com/EmpayarSaham
https://www.facebook.com/NadjminWahi
Lawati telegram channel saya di https://t.me/EmpayarSaham
Views: 115