Terlebih dahulu, Apa itu Private Mandate?
Private mandate adalah salah satu produk kewangan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan portfolio pelabur dengan strategi & tumpuan kepada pasaran tertentu.
BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE menggunakan strategi momentum di pasaran saham Bursa Malaysia. Justifikasi di sebalik strategi ini adalah kerana walaupun dalam keadaan turun atau naik, di kebanyakan masa pasaran saham akan bergerak dalam bentuk zig zag dan kita sentiasa boleh mengambil peluang di atas pergerakkan harga.