Cara kenalpasti SIFU trading yang legit

Satu benda yang korang boleh nilai dari sorang Cikgu atau Sifu trading adalah intergriti dalam mempromosikan apa jua jenis instrument.

1) Individu berlesen – ada lesen tak kira remisier, FBR, FP, fund manager, analyst, unit trust agent, MR atau apa sahaja.

2) Instrument yang di promosikan
A) Produk patuh shariah.
B) Mestilah produk yang regulated di bawah exchange & securities commision.
C) Mestilah menggunakan broker yang berdaftar di bawah SC – berlesen.

Bonus – ada extra qualification PHD, CMT, CFA, ACCA, MSTA dan sebagainya

Sebab apa? Sebab boleh.
Tak boleh sebab apa? Malas. Tak berkelayakan.

Tiada 1 alasan pun di atas muka bumi Malaysian yang membenarkan & menggalakkan kau promote instrument yang tak patuh shariah atau di kawal selia oleh exchange. Baca ini.

1) Saham.
Buka akaun CDS islamic dengan mana-mana broker berlesen di Malaysia. Boleh beli saham lokal dan global dari Bursa Malaysia, NASDAQ, SET, IDX, Nikkei atau mana sahaja. Kenapa nak pergi beli dekat broker yang tak sah. Duit hilang nanti nak kejar kat mana?

2) Futures.
Futures lokal & global patuh shariah di CGSi – broker tempatan. Dari FCPO, soybean, soybean oil, wheat, corn, mini corn. Ada produk global futures yang patuh shariah. Yang pergi pilih trade dengan PROP TRADING tu dah kenapa?

3) Gold
Beli emas fizikal. Tapi kalau nak beli emas digital beli GOLDETF. Bawah Bursa Malaysia & patuh shariah. Yang pergi ajar trade gold dekat MT4 dah kenapa? Dah la tak patuh shariah, guna broker yang tak berlesen di bawah Securities pulak tu.

Apa ke gilo? Duit jadi pundak & tuhan di kepala?

Ada banyak cara nak buat trading & melabur. Kenapa pergi pilih benda yang ada kesalahan dari segi undang-undang dan intergriti?

‘Modal kecil Puan’
Kalau dah tau modal sikit. PERGI KERJA!

Nak trade FCPO half margin baru RM4000.

Kalau RM4000 belum ada. Pergi kerja kumpul duit. Jangan nak trade gold guna MT4 atau prop trading.

Sifu-sifu pun satu hal. Koranglah punca mengajar & promote benda yang salah.

Nak jadi jujur ni susah & mahal.

Views: 15