Ihsan Salman

Ihsan Salman merupakan remisier yang mempunyai lesen CMSRL di bawah Securities Commission dan di perakui oleh Bursa Malaysia. Memiliki Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Automotif dan merupakan bekas pengurus di salah sebuah syarikat Automotif di Malaysia. Walaupun bukan berlatar belakangkan bidang ekonomi atau pelaburan, namun disebabkan minat yang mendalam, mendorong beliau meninggalkan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan beralih kepada bidang pelaburan.

Penglibatan beliau dalam pasaran sahan bermula dengan pembelian saham-saham IPO dan seterusnya mula berdagang saham secara aktif semenjak tahun 2012. Beliau juga mempunyai pengalaman berdagang dalam Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit (FCPO). Bermula pada tahun 2021 beliau mula mengorak langkah dan menjadi Remisier di CIMB Investment Bank.

Teknik buy on breakout menjadi strategi pilihan beliau dan teknik ini diguna pakai untuk mencadangkan kaunter-kaunter pilihan kepada pelanggan-pelanggan beliau.

Hubungi Remisier Kami

X
wpChatIcon