Tahukah Anda?:​​

Kelebihan Candlestick

1. Mudah diinterpretasi secara visual.

Satu batang carta candlestick merangkumi empat jenis maklumat kritikal yang diperlukan oleh para pedagang semasa mahu membuat keputusan. Sekali pandang sahaja pedagang sudah boleh mengetahui harga buka, tutup, harga tertinggi dan harga terendah pada skala masa dipiih. 

2. Boleh digunapakai bersama indicator atau oscillator yang lain.

Walaupun carta candlestick adalah satu jenis visualisasi maklumat harga asset yang lengkap, namun penggunaanya boleh diperkemaskan dengan tambahan indicator atau oscillator lain seperti Moving Average, RSO, Stochastic, Bollinger Band dan sebagainya.

3. Menunjukkan gambaran terus emosi pelabur.

Salah satu kelebihan candlestick yang paling ketara adalah perbezaan warna bagi batang lilin yang turun dan naik. Bagi candlestick yang naik selalunya akan berwarna hijau atau putih tapi bagi candlestick yang turun akan berwarna merah atau hitam.

4. Memberi signal jual atau beli yang jelas.

Candlestick sangat mudah untuk ditafsirkan oleh sesiapa sahaja yang memahaminya. Ia merupakan satu jenis carta yang memerlukan Tindakan pantas di atas setiap analisis yang dibuat.

5. Indicator yang memberi signal paling awal.

Formasi candlestick merupakan maklumat padat mengenai harga dan pergerakan asset.

Views: 14