Mohd Azuwa Hasan

Mohd Azuwa bin Hasan, anak kelahiran negeri Kelantan merupakan seorang remisier dan juga pemegang lesen CSMRL di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan di perakui oleh Bursa Malaysia. Merupakan graduan bidang Fatwa dari Universiti Sains Islam Malaysia. Disebabkan minat beliau terhadap bidang pelaburan, beliau menjadikan karier remisier sebagai kerjaya pertama selepas graduasi dari universiti.

Bermula sebagai remisier di Maybank Investment Bank Berhad, beliau mula mengorak langkah sebagai pendidik, dan pengajar di dalam bidang pelaburan saham. Pada masa yang sama, beliau seorang pedagang saham yang mementingkan pengurusan risiko dan menjadikan teknik dagangan momentum dan wyckoff sebagai teknik utama beliau di dalam berdagang.

Kini, beliau merupakan remisier di CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dan merupakan founder Abewa Saham, satu profil Facebook yang menyebarkan pendidikan pelaburan saham secara percuma.

Hubungi Remisier Kami

X
wpChatIcon