Mohamad Azzad Bin Mokhri berumur 34 tahun merupakan graduan daripada UTM dan memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal). Beliau telah menjadi Pegawai Pemasaran (Marketing Representative) pada tahun 2021. Beliau mempunyai pengalaman dalam pelaburan saham pada sejak 2016 dan mula melabur dalam derivative (FCPO) pada tahun 2018. Selain daripada itu, beliau mula terlibat dalam pelaburan kripto pada 2020. Antara kemahiran beliau adalah pelaburan IPO dan teknikal analisis. Impian beliau terhadap semua pelabur adalah semoga para pelabur dapat mencari ilmu pengetahuan dari saluran yang betul bagi menghindari daripada ditipu oleh scammer.