Views: 83
Nama saya Muhammad Hazmi Bin Abdul Rahim. Bertugas sebagai pegawai pemasaran untuk Team Idea Saham.
Latar Belakang Pendidikan :
• Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan ( UKM)
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UKM)
• Sarjana Ekonomi ( Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa) UKM
• Doktor Falsafah Ekonomi ( UKM)
Memulakan karier sebagai pegawai pengurusan franchise (Asean) bagi sebuah syarikat pembuatan makanan di Malaysia. Kemudian, saya mendapat peluang untuk berkerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat tempatan yang menjalankan aktiviti perkhidmatan dengan pihak kerajaan.
Setelah itu, saya telah dilantik sebagai seorang ahli ekonomi bagi syarikat subsidiri Royal Bank Of Scotland. Berpengalaman selama 7 tahun sebagai seorang pelabur retail dan berpengalaman dalam menjalankan kajian risiko bagi beberapa portfolio pelaburan antarabangsa. Saya juga mempunyai beberapa penulisan dan penerbitan pada peringkat domestik dan antarabangsa seperti World Bank Organization. Diharap, dengan pengalaman dan input daripada saya mampu untuk membantu semua para pelabur untuk menjadi lebih hebat dalam arena pelaburan.
Views: 83
Kami merupakan team Remisier CGS-CIMB yang terdiri daripada tenaga-tenaga pakar dalam bidang saham yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Kami terdiri daripada pakar kewangan, pakar saham-saham IPO, pakar trading Intraday, pakar Swing 100%, penulis buku-buku saham dan yang paling penting, Certified Chartist dari UK & US!