Tahukah Anda?:​​

Petua Menguruskan Portfolio Saham Anda!

Portfolio saham yang baik adalah dengan cara mempelbagaikan pelaburan atau dikenali sebagai diversifikasi. Membuat keuntungan melalui saham bukan sahaja dengan membeli dan menjual dari perubahan harga saham, malah terdapat beberapa kaedah lain yang sesuai bagi semua kategori pelabur tidak kira pelabur baru, pertengahan atau anda seorang sifu saham! 

Jika anda mempunyai sejumlah duit yang besar misalnya RM10,000, jangan letak kesemua duit anda untuk membeli dan menjual saham semata-mata. Bahagikan jumlah tersebut kepada beberapa instrumen lain seperti;

1. IPO Tawaran Bumiputera @ MITI

Bagi rakyat Malaysia yang bumiputera khususnya, anda sangat bertuah kerana dapat menjadi orang pertama yang boleh memiliki saham syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Siapa yang layak untuk membeli saham melalui portal MITI?

Bagi individu, anda hendaklah seorang yang:

Jadi apa tunggu lagi. Buka akaun CDS bersama-sama Idea Saham sekarang!

2. Initial Public Offering - IPO Tawaran Awam

Tidak kira anda berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain, anda seorang warganegara Malaysia dan mempunyai akaun CDS,  gunakan peluang ini untuk membeli saham syarikat baru yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Cara membeli saham IPO sangat mudah, pertama, ketahui syarikat apa yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia melalui Telegram Idea Saham, mohon pembelian IPO di eIPO (iTrade @ CGSCIMB) atau Maybank2u Online Banking. Tidak perlu bersesak-sesak untuk ke cawangan bank, pembelian IPO boleh dilakukan diatas talian sahaja. Jimat masa!

**Untuk Bumiputera, anda bertuah kerana dapat membuat permohonan belian saham di IPO Tawaran Awam juga. 2 peluang diberikan untuk Bumiputera.

3. Dividen Saham Syarikat

Selain dividen dari ASB, anda juga layak menerima dividen saham syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia. Dengan ASB, dividen hanya diberikan sekali setahun, tetapi berbeza dengan saham syarikat di Bursa Malaysia, syarikat-syarikat ini ada yang memberikan pengagihan dividen 1 hingga 2 kali setahun. Berbaloikan? Platform iTrade @ CGSCIMB boleh saring senarai syarikat yang akan memberi dividen tidak sampai 1 minit tau. Mudah dan cepat untuk dapat informasi.

Kesimpulannya, ini adalah beberapa cara untuk menguruskan portfolio saham anda dengan diversifikasikan dalam pelbagai jenis instrumen. Jadilah pelabur yang bijak! 💪

Batik Fractal Private Mandate

BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE Terlebih dahulu, Apa itu Private Mandate? Private mandate adalah salah satu produk kewangan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan portfolio pelabur dengan strategi & tumpuan kepada pasaran tertentu. BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE menggunakan strategi momentum di pasaran saham Bursa Malaysia. Justifikasi di sebalik strategi ini adalah kerana walaupun dalam keadaan turun atau naik,

Read More »

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit​

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit Satu benda yang korang boleh nilai dari sorang Cikgu atau Sifu trading adalah intergriti dalam mempromosikan apa jua jenis instrument. 1) Individu berlesen – ada lesen tak kira remisier, FBR, FP, fund manager, analyst, unit trust agent, MR atau apa sahaja. 2) Instrument yang di promosikanA) Produk patuh shariah.B)

Read More »

Perbezaan Institusi Kewangan​

Tahukah Anda?:​​ Perbezaan Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah entiti atau organisasi yang beroperasi dalam sektor kewangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis institusi kewangan, dan perbezaan antara mereka bergantung kepada fungsi, perkhidmatan yang disediakan, dan cara beroperasi. Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara institusi kewangan: 1. Bank Komersial: Menyediakan pelbagai perkhidmatan

Read More »

REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK

Tahukah Anda?:​​ MACAM MANA NAK TAHU REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK?? Dalam dunia internet sekarang ni yang semua orang boleh jadi apa yang mereka mahu jadi, ada yang mahu jadi Doctor lah, penganalisa politik lah, agamawan lah, dan yang paling menyusahkan orang ramai adalah sifu-sifu saham yang tiba-tiba muncul dalam medsos kita. Persoalannya, macam mana

Read More »

Kelebihan ICPO

Tahukah Anda?:​​ Kelebihan Berdagang Dengan FCPO Berdagang dalam kontrak berjangka minyak kelapa sawit mentah (FCPO) memiliki beberapa kelebihan yang menarik bagi pelabur dan peniaga, tetapi juga melibatkan risiko. Di sini adalah beberapa kelebihan berdagang FCPO: 1. Peluang Diversifikasi: FCPO adalah cara yang baik untuk diversifikasi portofolio pelaburan anda. Ia membolehkan pelabur untuk mendapat akses kepada

Read More »

Hedging

Tahukah Anda?:​​ Apakah Hedging? Hedging adalah strategi yang digunakan dalam kewangan untuk melindungi diri daripada risiko perubahan harga atau nilai aset kewangan. Ia melibatkan pengambilan posisi atau tindakan yang bertujuan untuk mengimbangi kerugian yang mungkin timbul akibat perubahan harga aset lain atau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset tersebut. Hedging adalah cara untuk mengurangkan risiko,

Read More »

Views: 50

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!