Tahukah Anda?:​​

MACAM MANA NAK TAHU REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK??

Dalam dunia internet sekarang ni yang semua orang boleh jadi apa yang mereka mahu jadi, ada yang mahu jadi Doctor lah, penganalisa politik lah, agamawan lah, dan yang paling menyusahkan orang ramai adalah sifu-sifu saham yang tiba-tiba muncul dalam medsos kita. Persoalannya, macam mana kita nak tahu yang sifu-sifu ni semua berlesen?

Di Malaysia, ada sebuah badan khas yang bertanggungjawab untuk ‘monitor’ pelaburan di Malaysia ia itu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Antara tugas SC adalah untuk bekerjasama dengan Menteri Kewangan dan Bank Negara untuk mengawalselia pelaksanaan akta berkaitan money laundering. Dan di Malaysia, sesiapa yang mahu mempromosikan sesuatu pelaburan mestilah berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Cara untuk menyemak seseorang itu berlesen atau tidak boleh semak di laman web Suruhanjaya Sekuriti. Meh baca sini untuk tahu cara untuk periksa sama ada Remisier itu berlesen atau tidak.

1. Layari laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

https://www.sc.com.my/bm/

2. Klik “Senarai Perantara & Wakil Berlesen

3. Pada baris “Public Register of Licence Holders and Registered Persons” boleh klik “here” yang berwarna biru.

4. Masukkan nama orang yang mahu disemak. Sebagai contoh ”Nor Akmar Binti Abdullah

5. Jika nama yang anda cuba untuk semak tiada dapatan, itu bermakna indu tersebut tidak memegang sebarang lesen berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Jika nama yang disemak ada, seperti contoh yang kami berikan detail lesen yang individu itu ada akan dipaparkan.

6. Klik nama individu tersebut untuk dapatkan detail yang lebih jelas.

Ingat!! Setiap individu yang mahu menjalankan aktiviti berkaitan pelaburan di Bursa Malaysia perlulah berlesen! Jika sifu-sifu yang dekat media sosial tu tidak berlesen jangan ambil pandangan mereka, apatah lagi berikan duit kepada mereka untuk di laburkan!

Views: 142