Farhana Aini binti Aini
Farhana Aini binti Omar merupakan seorang remisier yang juga merupakan jurulatih saham dalam memberi khidmat nasihat berkenaan pelaburan saham. Beliau juga merupakan seorang pelatih dan juga jurucakap bertauliah dalam pelaburan saham. Beliau berpengalaman dalam pelaburan saham selama 15 tahun dan memiliki sijil Certified chartist dari MSTA (UK) dan CFTe (US). Selain itu, Puan Farhana adalah jurulatih untuk pelajar yang mengambil MSTA dan CFTE. Pelbagai pengalaman yang dimiliki Puan Farhana, antaranya adalah pernah menjadi AJK Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI) dan merupakan seorang ahli Association of Technical Analysts (MATA).Beliau pernah tampil di kaca televisyen dalam rancangan BizTalk di Bernama News Channel. Bukan itu sahaja, beliau turut dijemput menjadi penceramah undangan untuk Politeknik Seremban.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UITM Sarawak. Mempunyai Professional Certificate daripada UK STA dan juga sijil untuk Modul 6 dan 7 ( Licensed dealer). Selain itu, beliau turut mempunyai sijil pantas untuk Futures dan Option (Fast track certificates). Terdapat banyak kelebihan yang dapat diberikan iaitu menjadi perunding pelaburan saham, membantu klien untuk perdagangan (trading) dan pelaburan (investment), penyediakan kelas untuk perdagangan saham, dapat menyediakan kemudahan margin dan pembiayaan IPO, boleh menyediakan khidmat pembukaan CDS akaun dan pembukaan akaun CPO dan dapat menjadi penceramah untuk teknikal analisis.
Hubungi saya:
Baca artikel disini.
Views: 146