remisier Pahang- Puan Akmar

remisier
pahang

pROFIL DIRI

Nor Akmar binti Abdullah

Saya memulakan kerjaya dalam pasaran pada tahun 2009 di OSK Investment Bank sebagai trainee. Setelah lulus peperiksaan modul 6 dan 7, saya memulakan kerjaya sebagai Investment Share Executive di Maybank Investment Bank sehingga tahun 2013 sebelum mengorak langkah menjadi remisier di CGSCIMB yang dulu di kenali sebagai CIMB Investment Bank. Saya juga merupakan certified chartist yang lulus peperiksaan oleh STA yang membolehkan saya memegang title MSTA(UK), CFTe(US).

Antara pengalaman saya dalam pasaran saham adalah saya berpengalaman menjadi penceramah di beberapa buah universiti di Malaysia. Berikut merupakan beberapa universiti yang saya pernah menjadi penceramah.

  1. Universiti Dungun : Saya pernah hadir beberapa kali di Universiti Dungun sebagai penceramah untul pelbagai tajuk.
  2. UiTM Kelantan: Menjadi panel diskusi dalam tajuk ‘Krisis Kewangan’.
  3. UiTM Kedah: Menghadirkan diri sebagai penceramah mengenai kerjaya dalam pasaran saham.
  4. UiTM Perlis: Menghadirkan diri sebagai penceramah mengenai kerjaya dalam pasaran saham.
  5. Universiti Malaysia Perlis – Turut menjadi Penceramah berkenaan kerjaya-kerjaya dalam pasaran saham.
  6. Universiti Islam Antarabangsa, Gombak: Menjadi penceramah  mengenai tajuk pasaran saham dan teknikal analisis.
  7. Politeknik Port Dickson: Menjadi penceramah mengenai pasaran saham.
  8. UNISZA:Menjadi penceramah mengenai pasaran saham dan berkongsi ilmu berkenaan teknikal analisis.

Saya juga merupakan tenaga pengajar kelas persediaan MSTA & CFTe anjuran PRIBUMI, Vega & AA. Beberapa tajuk yang sering dijadikan topik pengajaran iaitu:
1) Behavioural Finance
2) Candlestick
3) Indikator dan Oscillator
4) Trading system, methods & money management.
5) Sentiment, contrary opinion & ethics.

Sepanjang kerjaya saya dalam pasaran saham selama 12 tahun dalam pasaran saham, saya sudah membantu ramai pelabur melalui fasa naik dan turun pasaran. Berikut adalah kejayaan dan kegagalan yang saya pernah lalui supaya anda faham saya bukan remisier tipikal yang hanya bercerita tentang keuntungan semata-mata tetapi saya juga memahami kepentingan untuk menguruskan risiko dalam pelaburan.

1)  Saya telah membantu ratusan pelabur IPO dan MITI berjaya meraih keuntungan dari yang untung besar seperti MSM dan CTOS sehingga yang rugi seperti Astro dan AirAsia X.

2)  Saya telah membantu untuk buka lebih 1000 akaun CDS dan lebih 100 akaun margin financing conventional dan Islamic yang bernilai lebih 30 juta.

3)  Saya telah melihat kenaikan saham beribu-ribu peratus seperti PENTA, MPI, Takaful, Nestle, Amazon, AMD dan lain-lain. Saya juga telah melihat kejatuhan teruk syarikat besar seperti MAS, FGV dan VTOP pattern yang banyak di Bursa Malaysia seperti saham IRIS dan XOX.

4)  Saya telah melalui fasa kerugian ratusan ribu ringgit kerana terlalu yakin dan overtrade. Saya juga telah berjaya bangkit semula dari modal RM5,000 sahaja. Saya tidak cakap saya sudah mewah atau berjaya. Cuma sekarang sudah cukup.

5)  Saya ada pelbagai client dari Apek Cina yang ada puluhan juta sehingga yang deposit RM50 sahaja. Saya juga telah melihat pelbagai jenis pelabur dan personaliti yang akhirnya dapat memberi pengalaman untuk saya memberi nasihat yang sebaiknya kepada client yang membuka akaun CDS di bawah saya.

6)  Kiranya saya pernah untung dan rugi beratus kali dan akhirnya menemui trading technique serta cara pemilihan saham yang saya selesa dan yakin. Kini, trading style saya adalah defensif attacking iaitu momentum, multiple time frame analysis, S&D analysis dan simple set-up. Selain itu, saya juga akan meneliti sedikit bahagian fundamental supaya tidak terjebak dengan syarikat yang rugi dan kewangan yang tidak meyakinkan.

7)  Saya kini juga di sokong oleh sebuah pasukan yang sangat hebat. Team operation berkekuatan 8 orang untuk membantu analisis dan pengurusan. Manakala, sebagai remisier dan team leader saya mempunyai seramai 15 orang marketing representative yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti jurutera, doctor, ahli perniagaan, akauntan dan banyak lagi. Saya juga mempunyai remisier di seluruh Malaysia seperti di Johor, Selangor, Penang dan Kelantan di bawah paying CGS-CIMB. 

Saya juga penulis 3 buah buku saham dan teknikal analisis dalam Bahasa Melayu iaitu Panduan Lengkap Pelaburan Saham, Candlestick Petunjuk Dagangan dan Menang Saham (buku teknikal analisis untuk pasaran global dan di tulis Bersama Dato Dr Nazri Khan). Buku-buku saya telah di ulang cetak banyak kali dan telah terjual lebih puluhan ribu unit. Alhamduillah..semoga usaha murni untuk memandaikan anak bangsa akan terus menjadi tabung pahala buat saya.

Saya tidak hebat tetapi saya Puan Nor Akmar MSTA, CFTe sudah lama dalam pasaran saham dan insha Allah boleh membantu anda memulakan perjalanan pelaburan anda di Bursa Malaysia dan pasaran saham global. 

◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang ◦ remisier pahang

Hubungi saya:

Baca artikel disini.

Views: 220