Cryptocurrency

Cryptocurrency

Ramai yang sudah tahu bahawa duit alternatif iaitu cryptocurrency telah sah secara undang-undang untuk di beli, di gunakan dan di dagangkan di Malaysia pada penghujung tahun lepas. Antara platform dan broker yang di benarkan beroperasi adalah seperti LUNO, SINEGY & Tokenize. Anda boleh semak di laman web Securities Commision:
https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognizedmarkets/list-of-registered-digital-asset-exchanges

Hanya beberapa jenis crypto sahaja yang di benarkan buat masa ini iaitu:
1) BITCOIN (BTC)
2) BITCOIN CASH (BCH)
3) ETHEREUM (ETH)
4) LITE COIN (LTC)
5) RIPPLE (XRP)

Cryptocurrency adalah duit – duit alternatif bagi menggantikan penggunaan duit fiat yang kita sudah pakai selama ini seperti ringgit, rupiah, yen, HKD, USD dan sebagainya. Apabila bercerita mengenai duit pula, ia adalah nilai untuk sesuatu pertukaran. Bermaksud kita oleh menggunakan duit digital ini untuk membeli servis atau barang yang kita mahu sebagai ganti kepada duit yang kita ada.

Berbeza dengan duit fiat tradisional yang kita gunakan selama ini adalah duit digital melangkaui negara. 1 nilai bitcoin di Malaysia, hampir sama dengan nilainya di seluruh dunia. Duit digital tidak tertakluk kepada nilaian yang bergantung kepada GDP, ekspot, import atau data ekonomi sesuatu negara. Nilaiannya universal dan di gunapakai di sama rata oleh semua pemiliknya.

Jadi, idea ini bukan sahaja di sukai oleh orang ramai kerana sifatnya yang begitu tetapi juga boleh menjadi alat yang baik bagi menyorokkan duit gelap bagi aktiviti-aktiviti haram. Tambahan lagi, jumlahnya yang terhad dan bakal habis selepas selesai semua aktiviti perlombongan di buat. Akibatnya, harga melambung tinggi. Sebagai contoh, nilai semasa Bitcoin adalah USD1.09 trillion dan Ethereum adalah USD483b.

Bagi yang telah membeli dan menyimpan lebih awal. Mungkin sudah jadi jutawan senyap. Bagi yang belum, sila buat kajian berdasarkan carta dan fundamental bagi memastikan anda tidak terbeli semasa ianya tengah hype. Ingat, duit fiat dahulunya berdasarkan emas tetapi sekarang sudah ramai yang ragu-ragu. Manakala crypto pula memang dasarkan adalah TEKNOLOGI lejar yang di cipta oleh individu atau syarikat tertentu. Nilainya adalah ‘KEPERCAYAAN’.

Namun, penggunaan duit digital di masa hadapan mungkin tidak boleh di sangkal lagi. Sudah banyak syarikat gergasi yang membenarkan penggunaan duit digital untuk pembelian dan servis yang mereka sediakan. Manusia sifatnya sukakan kebebasan dan ketelusan.

Berapa ramai di sini yang sudah melebarkan portfolio ke dalam duit digital ini?

 

Views: 343

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!