Tahukah Anda?:​​

APA ITU KLCI?

“Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.03 mata atau 0.13 peratus kepada 1,387.01 daripada 1,390.04 sewaktu ditutup pada Jumaat.”

Kita sering dengar atau baca berita seperti ayat diatas di radio atau surat khabar, Tetapi apa itu KLCI yang dimaksudkan itu? Sebagai pelabur, penting bagi kita tahu apa itu KLCI atau indeks saham ini dan bagaimana kita boleh membuat analisa berdasarkan dapatan KLCI tersebut.

 KLCI adalah singkatan bagi Kuala Lumpur Composite Index. Secara asasnya, KLCI ini adalah petunjuk penting untuk menilai prestasi pasaran saham di Malaysia secara umum. Saham yang dimasukkan dalam FBM KLCI saham-saham indeks Iaitu 30 syarikat terbesar mengikut saiz pasaran (market capitalisation) dan memenuhi kriteria tertentu. 

Di Bawah adalah syarikat yang di senaraikan oleh Bursa Malaysia pada 19 June 2023.

Selalunya kita akan membaca berita kenaikan atau penurunan nilai KLCI, berita tersebut merujuk kepada portfolio 30 syarikat ini. Bagi syarikat yang di luar dari senarai 30 ini tidak di masuk kan dalam pengiraan tersebut.

Sebagai nota tambahan, dari 30 Syarikat yang disenaraikan di KLCI, 21 darinya memenuhi syarat patuh syariah. 7 dari 30 senarai tersebut termasuk dalam sektor Banking, 4 di sektor Telecommunications Service Providers, dan 3 di sektor Plantation. Menarik bukan? Jadilah pelabur yang bijak!



Views: 128