Kalau siapa pernah baca buku Panduan Lengkap Pelaburan Saham – PLPS saya ada selitkan cerita, saham adalah HARTA.
Jadi jika pemegang saham meninggal dunia. Ianya boleh di tuntut oleh waris.
Saya berikan langkah-langkah untuk di buat oleh waris sekiranya hal ini terjadi berdasarkan pengalaman saya menguruskan deceased account.
1) Kenalpasti senarai jumlah akaun CDS yang di miliki oleh arwah.
2) Berjumpa dengan remisier setiap broker tersebut.
3) Remisier akan memberitahu senarai dokumen yang di perlukan untuk proses ini.
– Salinan IC si mati
– Surat mati
– Senarai pembahagian harta
– Akaun CDS penerima harta
4) Saham akan di masukkan ke dalam akaun CDS penerima.
Seterusnya, penerima boleh menyimpan atau menjual saham tersebut.
Dalam kes sebegini, nilai saham di kira dari harga semasa x nilai unit yang ada.
Contoh, jika si mati meninggalkan 3 saham. Katakan jumlah kesemua unit adalah 10,000 unit.
Harga semasa –
Saham A – RM0.50 x 10,000 = RM5,000
Saham B – RM4.40 x 10,000 = RM44,000
Saham C – RM9.00 x 10,000 = RM90,000
Jumlah keseluruhan nilai saham adalah (Saham A+B+C) = RM 139,000.00
Penilaian harta boleh di buat berdasarkan harga semasa saham untuk di bahagikan mengikut cara yang di persetujui.
Semoga bermanfaat.
Nor Akmar MSTA, CFTe
Remisier, Retail Equities CIMB Investment Bank
Penulis Buku:
Panduan Lengkap Pelaburan Saham
Candlestick Petunjuk Dagangan
Wanita Malaysia Pertama memberi ucapan di pentas teknikal analisis antarabangsa.
Views: 1948