AirAsia – Jatuh lagi?

Pada 3 Februari 2020, Tan Sri Tony Fernandes (Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd) dan Datuk Kamarudin Meranun (Ketua Pegawai Eksekutif) telah melepaskan jawatan eksekutif dalam kumpulan, berkuat kuasa serta merta susulan siasatan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

Dalam kes tersebut, Airbus didakwa menyogok dua eksekutif di AirAsia Group dan AirAsia X sebanyak USD50 juta (kira-kira RM204.8 juta) untuk mendapatkan kontrak bagi membekalkan pesawat kepada kedua-dua syarikat penerbangan tambang rendah itu.

AirAsia telah menunjukkan trend menurun sejak 2 Mac 2018 berikutan laporan kerugian suku tahun yang rugi. Namun, kejatuhan kali ini adalah catalyst terbesar yang menyebabkan jerung besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah melepaskan pegangan dalam syarikat ini sebanyak kira-kira 7.44 juta saham.

Jadi, berdasarkan teknikal analisis. Adakah boleh beli? Atau bilakah boleh di beli?

Paras sokongan terdekat adalah RM0.80 berbanding harga terkini. Oleh itu, para pedagang di nasihat untuk menunggu saham ini di paras sokongan. Bukan itu sahaja, para pelabur perlu terlebih dahulu memastikan terdapat sebarang petunjuk reversal bagi memastikan sebarang lantunan yang terjadi adalah sah dan lengkap.

Penafian : Penulis tidak bertanggungjawab dengan segala tindakan pembaca dalam urusan yang di lakukan setelah membaca artikel ini. Sila berhubung dengan remisier anda sebelum membuat keputusan.

Nor Akmar MSTA, CFTe

 

Visits: 618

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!