Baik. ASB – Dividen+bonus bagi tahun 2019 adalah 5.5%. Bagus? Masih okay. Saya tiada masalah. Memandangkan pasaran saham yang jatuh, saya kira pengumuman ini tidak memeranjatkan.
ASB merupakan salah satu jenis simpanan yang menawarkan pemberian dividen serta bonus. Pelaburan unit amanah ini boleh di katakan hampir tidak mempunyai risiko kerana wang modal kekal tidak terusik walaubagaimana keadaan pasaran dan ekonomi sekalipun.
Mendapat dividen+bonus berjumlah 5.5% bermakna setiap RM1,000 yang di simpan anda akan menerima sejumlah RM55.00.
Terdapat banyak alternatif lain yang boleh menjanjikan pulangan yang lebih lumayan seperti berniaga, melabur dalam pasaran saham, berdagang komoditi, forex dan sebagainya. Namun, perlu di ingatkan bahawa kaedah lain mempunyai risiko unik yang tersendiri dan perlu di kenalpasti dan di kawalselia bagi memastikan modal tidak hangus dan boleh berkembang.
Jika simpanan kurang RM10,000. Tetaplah simpan di ASB. Namun, jika terdapat lebih dari itu. Lebarkan portfolio anda kepada pelaburan alternatif yang lain termasuk unit amanah yang menawarkan komponen pelaburan shariah luar negara.
Antara alternatif lain yang saya cadangkan adalah REITs, IPO dan MITI.
Tiga cabang pelaburan di Bursa Malaysia ini menawarkan pulangan atau dividen yang kompetitif. Dalam masa yang sama, ianya kurang volatile dan mempunyai risiko yang rendah.
Namun, jika anda sudah bersedia. Bolehlah membina portfolio pelaburan yang lebih sistematik dan bersedia untuk mendapat pulangan yang lebih dengan menggabungkan saham high growth dan dividen di Bursa Malaysia. Insha Allah boleh melebihi dari 10% setahun.
Duit anda – pelaburan tiada nilai emosi. Hanya matematik. Jangan terhasut dengan sentimen.
Untuk membuka akaun CDS – Bolehlah hubungi 016-9367477
Views: 575