Return On Time Invested (ROTI)

Untuk mengukur keuntungan dan kerugian dalam pelaburan, kita akan menggunakan formula Return On Investment (ROI) untuk mengetahui nilai yang kita dapat. Dalam kehidupan, kita perlu menggunakan Return On Time Invested (ROTI) untuk mengukur adakah apa yang kita buat berbaloi atau tidak.

Sebagai contoh, adakah wajar seorang CEO syarikat bernilai ratusan juta ringgit mengorbankan beberapa jam masa bekerja untuk melakukan kerja memotong rumput di laman rumahnya? Adakah lebih berbaloi sekiranya mengupah orang lain untuk melakukannya. Bagi seorang CEO, adalah lebih baik masa yang ada di gunakan untuk aktiviti networking atau memikirkan pelan strategik bagi membangunkan perniagaan yang sedang di jalankan.

Begitu juga kita kita sebagai orang dewasa, kita merupakan modal kepada diri kita sendiri. Modal kita adalah tenaga dan masa yang di anugerahkan kepada kita. Tidak kira yang bekerja makan gaji atau berniaga. Formula ROTI sangat penting untuk menilai apakah yang sedang kita lakukan berbaloi dengan masa dan tenaga yang di laburkan. Jika kita makan gaji dan bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang, 5 hari seminggu dan bergaji RM4,000.00. Katakanlah di beri rehat 2 jam di antara masa masuk kerja. Ini bermakna 6 jam sehari dan purata masa bekerja adalah 120 jam sebulan. 6 jam tersebut secara moral dan keberkatan tidak boleh di gunakan untuk aktiviti lain. Matematiknya, kita ROTI kita adalah RM33.33 per jam bersamaan RM199,98 sehari. Apakah berbaloi RM33.33 sejam? Tepuk dada dan tanya selera.

TETAPI, nilai ROTI kita boleh bertambah melalui pengalaman dan masa. Kita boleh meningkatkan nilai ROTI kita melalui aktiviti yang berfaedah. Apakah yang di lakukan semasa 2 jam rehat? Katakanlah 1 jam ke sejam setengah di peruntukkan untuk makan dan solat. Lebihan 1 jam lagi di gunakan untuk apa? Masa ini sepatutnya di peruntukkan untuk aktiviti yang boleh memberi tambah nilai dalam kehidupan seperti membaca buku, mengaji, mencari dan mengkaji saham-saham berpotensi untuk naik.

Dalam pelaburan wang pula, konsep ROTI ini boleh di gunapakai sebagai dasar kepada perbandingan antara produk dan risiko. Sebagai contoh, tidak guna sekiranya melaburkan duit dalam saham yang tidak bergerak dari segi harga dan tidak memberikan dividen yang boleh mengatasi akaun simpanan yang mempunyai risiko yang lebih rendah.

Begitu juga ibu dan surirumah di luar sana, menjaga anak dan rumah juga menggunakan formula ROTI. Masa yang kita peruntukkan untuk memasak, menjaga rumah dan kerja-kerja seharian merupakan pelaburan untuk keluarga dan anak. Cuma bezanya kali ini, ia tidak boleh di kira dengan matematik hakiki. Kasih sayang dan kebahagian adalah keuntungan yang di perolehi. Jika anak membesar menjadi insan yang berguna kepada mereka dunia dan akhirat. Itu adalah pelaburan yang cukup berbaloi. Ihsan dan kewajiban suami dalam memberikan nafkah kepada isteri yang tidak mempunyai pendapatan adalah wajib di atas dasar ROTI ini.

Adakah kita menggunakan formula ROTI ini dalam kehidupan? Seberapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk belajar dan memperbaiki diri agar nilai ROTI kita semakin bertambah di masa hadapan. Benar, tidak semuanya boleh di ukur dengan angka dalam pengiraan ROTI seperti penjagaan ibu bapa, khidmat masyarakat dan dan aktiviti sosial. Namun, ketika mepunyai masa lapang, produktiviti dari masa dan tenaga yang di laburkan mesti di ambil kira. Masa yang telah berlalu tidak akan berulang kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X
wpChatIcon

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!