Amaran- hanya luahan isi hati mengenai penulisan buku saham. Tiada sebarang info penting.
Lama rasanya tidak menulis di ruangan blog Idea Saham ini. Saya terlalu sibuk menulis buku ketiga. Pada usia 32 tahun, sudah dua buku saham yang saya tulis. Cuma, 3-4 hari lepas saya buntu untuk menulis, idea ada tapi ayat tidak keluar. Buku ketiga ini benar-benar menguji saya sebagai insan biasa. Tidak pernah lagi saya menulis sehingga muntah. Ya, saya menulis, menulis dan muntah. Tidak tahu mengapa. Mungkin kerana ianya buku kolaborasi bersama insan terkenal. Mungkin juga kerana saya stress. Atau mungkin saja saya yang pening lalat. Apatah lagi, selain menulis, saya masih aktif dengan kerja sebagai remisier dan penceramah saham bebas. Mungkin kerja harian begini yang buat saya jadi makin lemas. Sana nak, sini mahu.
Bukan mudah menulis. Jika di fikirkan tentang duit, baik saya buat kelas saham dan caj 3-4 ribu satu kepala. Atau saya tumpukan sepenuh perhatian trade di pasaran. Penat membuang masa dan tenaga menulis sesuatu yang belum tentu terjual dan di hargai. Itu jika wang yang saya kejarkan.
Saya juga bukanlah penulis berbakat. Saya tidak pernah terfikir saya akan menghasilkan buku yang kini telah di baca oleh ribuan pelabur. Saya hanya Akmar yang mahu memberi alternatif kepada newbie & trader di luar sana belajar sesuatu secara mendalam dengan harga yang murah.
Cuma 2 3 hari ini saya resah, idea kering. Tahu hendak menulis apa, tapi tidak tahu bagaimana mahu meluahkannya. Mungkin ia adalah fasa biasa bagi penulis, saya tidak tahu. Saya tiada ramai kenalan penulis yang menulis mengenai genre yang sama. Sukar untuk meluahkan. Jadi, saya kira platform ini boleh saya gunakan untuk sekadar berkongsi rasa resah ini.
Bagitahu mudah, tetapi untuk memberi kefahaman kepada pembaca dalam cara yang paling mudah. Itu yang susah. Saya mahu setiap sen yang di bayar kepada saya melalui tulisan saya adalah setiap satu perkataan saya yang di hargai. Saya mahu pembaca saya faham dan hargai hasil tulisan saya. Saya tahu saya tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Tapi saya mahu cuba buat yang terbaik. Tapi, pabila saya cuba terlalu kuat, ada masa saya hilang arah dan semangat macam sekarang.
Bercerita mengenai saham sebenar-benarnya bukan cerita pasal untung semata-mata. Saya mahu bercerita pasal realiti. Pasal peluang dan risiko. Saya bukan penjual mimpi, saya hanya penulis yang mahu pembaca faham bagaimana tools seperti carta, oscilators atau indikators ini mampu memberi bantuan dalam membuat keputusan dalam trading.
Sebelum saya terus menulis sekejap lagi. Saya ingin memohon maaf kepada pembaca dan bakal pembaca hasil karya-karya saya. Setulus dan seikhlas hati, saya mahu pembaca faham apa ilmu yang saya cuba sampaikan. Maafkan segala khilaf atau kekurangan dalam buku-buku saya. Saya sudah cuba yang terbaik. Saya akan perbaiki lagi.
Satu yang saya pasti. Perjuangan untuk menyebarkan ilmu saham melalui bukuu mesti di teruskan.
Nor Akmar
PENULIS BUKU :
Panduan Lengkap Pelaburan Saham – PLPS (2016)
Candlestick Petunjuk Dagangan – CPD (2018)
————- – (2019)
Views: 579