Selain daripada bonus berbentuk wang ringgit, sesetengah syarikat memberi penghargaan kepada para pekerja mereka dalam bentuk saham syarikat mereka sendiri. Terdapat pelbagai cara bonus saham ini di berikan. Berikut adalah panduan bagi mereka yang menerima tawaran saham bonus dari syarikat mereka.
Situasi |
Apa yang perlu di buat
|
|
1) | Pemberian saham ESOS secara percuma | Pekerja yang menerima tawaran perlu membuka akaun CDS sahaja. Tunggu saham masuk dan jual.
Contoh : TENAGA DAN CIMB |
2) | Saham di berikan secara percuma tetapi dengan harga diskaun | Pekerja yang menerima tawaran perlu membuka akaun CDS sahaja dan jual.
Contoh : TM dan FGV |
3) | Saham di berikan dengan harga diskaun sahaja. | Pekerja yang menerima tawaran perlu pergi ke bank dan memohon pinjaman jika tiada wang untuk membayar tunai tawaran saham tersebut.
Jumlah pinjaman yang di tawarkan oleh bank pula bergantung – ada yang 80%, 90% dan 100%. Contoh : KPJ DAN DIALOG |
4) | Saham di berikan secara percuma atau dalam bentuk diskaun tetapi di uruskan syarikat (terutama syarikat kewangan) | Bank di Malaysia juga menawarkan ESOS kepada pekerja mereka. Dalam sesetengah kes, akaun CDS di bukakan secara automatic melalui sistem. Jadi, penjualan boleh terus di buat melalui sistem tersebut tanpa perlu di berbuat apa-apa.
Contoh : MAYBANK |
Nota : perlu membaca dengan teliti surat tawaran dengan mengambil berat beberapa perkara ini.
- Jumlah saham yang di tawarkan
- Harga tawaran – bagi yang mendapat harga diskaun.
- Tarikh terakhir menerima tawaran ini.
- Tempoh pegangan minima (Jika ada) – tempoh masa yang perlu di pegang sebelum menjual.
- Tempoh terakhir menjual (jika ada).
Pengalaman saya menguruskan ESOS di pelbagai syarikat menyaksikan SANGAT RAMAI yang masih takut dan skeptikal dengan saham WALAUPUN menerima pemberian saham tersebut secara PERCUMA dari syarikat yang mereka BEKERJA. Ada yang sampai enggan membuka akaun CDS semata-mata menganggap bahawa saham boleh menyebabkan mereka MUFLIS dan menyusahkan.
MAAF. Jujur saya katakan, hal ini berlaku TERUTAMA kalangan orang melayu. Dari mereka yang memegang pangkat bawahan, sehingga ke peringkat eksekutif. Saya tidak faham apa yang ada dalam fikiran mereka sehingga begitu sempit tidak mahu menerima sebarang nasihat. Ramai yang yang terbuka, namun tidak sedikit yang terus menutup pintu. Mungkin malas benar nak belajar benda baru. Atau apa alasan mereka, saya kurang pasti.
Proses buka akaun CDS atau memohon pinjaman bukanlah susah mana. Hanya perlu menyediakan beberapa dokumen penting sahaja.
Nasihat saya : Buat kira-kira, jika untung. Jika ada keuntungan ke dalam kocek anda. Jangan tunggu, buat tindakan.
Views: 5633