Teknikal Analisis (TA) sebagai GPS!

Carta mencatat perkara yang sudah berlaku, iaitu pada harga berapa transaksi berlaku dan volume yang sudah bertukar tangan.

Sebagai analogi, jika destinasi kita dekat, maka kecil peta yang perlu di rujuk. Ibarat dari Pekan hendak ke Kuantan. Buat apa nak tengok peta Malaysia secara keseluruhan. Namun, jika kita pengembara yang mahu menjelajah ke seluruh tanah air, ada eloknya di kaji peta Malaysia supaya dapat melawati tempat-tempat yang mahu di lawati.

Begitu juga teknikal analisis, jika kita adalah intraday, contra atau short term trader. Rujuklah carta yang mempunyai timeframe yang rendah. Sehari, sejam, 30 minit atau 5 minit. Barut tahu hendak belok ke mana. Carta sudah bagitahu, perlu cut loss, ambil untung atau pegang dulu saham tersebut. Nak beli dekat support ke, nak jual dekat resistance ke.

Modal ibarat jenis kereta dan minyak. Yang menentukan sampai dengan selamat dan berjaya ke destinasi adalah kemahiran memandu tu. Kalau kereta mahal, tak pandai bawa kereta, tak reti baca GPS. Tak sampai juga ke destinasi.

Trade memerlukan kesemua skill di atas. Kena jadi pemandu yang cekap. Tiada jalan singkat, kalau trade ikut sifu bagi tips, sampai bila nak bergantung harap. Belajar guna teknikal analisis. Sebab dalam trade, destinasi kita adalah DUIT.

Bagi perempuan pula yang tak berapa nak pandai baca GPS tu jangan risau. Awal-awal memanglah kelam kabut sikit. Kalau dah mahir, eh Michael Schumacher pun mungkin boleh challenge…hehe

Kalau yang pakai auto drive atau grab tu pun boleh. Macam pakai robo-trade(auto drive) dan unit trust (grab).

Korang jangan komen, ‘Kalau kereta terbang?’. Tak wujud lagi, paham?

Visits: 712

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!