Panduan Mudah Untuk Membaca Potensi Syarikat

Jika baru berjinak-jinak dengan saham, jangan tergesa-gesa untuk ‘buat untung hari-hari’. Focus kepada naikkan modal anda dengan memilih saham-saham yang membuat keuntungan dan mempunyai petunjuk potensi untuk naik di carta.

Kalau saya tak pandai nak baca financial statement atau teknikal bagaimana? 🤔

Baik. Jika masih belum mahir dan tiada masa untuk belajar dengan lebih mendalam. Apa kata ikut sahaja saham yang di kaji oleh analyst bertauliah. Setiap satu broker di Malaysia ada research house tersendiri. Mereka mempunyai barisan analyst bertauliah yang mempunyai kemahiran untuk mengkaji saham mengikut sector tertentu. Jadi, jika kita tidak pandai untuk menganalisis saham untuk di laburkan. Kita boleh baca research report yang di hasilkan oleh mereka.

Kita boleh saring mengikut industri dan kepatuhan shariah mengikut kesesuaian modal dan risiko kita. Sebagai contoh, pada 19 Oktober 2021 CGS-CIMB mengeluarkan laporan mengenai Inari-Amerton Bhd. Harga semasa adalah RM3.85, harga sasaran (target price) yang di berikan berdasarkan projek dan jangkaan keuntungan adalah RM4.50.

Kita pun baca dan baca research report. Jika kita bersetuju dan faham perniagaan dan bagaimana syarikat ini menjana keuntungan. Jadi, kita sebagai pelabur sudah merangka strategi pelaburan yang boleh di buat. Sebagai contoh, Kamil mempunyai RM30,000 untuk di laburkan di pasaran saham. Setelah membaca reasearch report yang di keluarkan oleh CGS-CIMB ini, beliau boleh berkira-kira untuk menggunakan sebahagian modal untuk membeli saham INARI ini. Katakanlah beliau mahu menggunakan RM10,000 untuk membeli dan menyimpan saham ini selama maksima 2 tahun. Jadi, jumlah unit yang boleh di beli adalah :

RM10,000/RM3.85 = 2597 unit.

Katakan kita genapkan kepada board lot 100 unit dan mengambil kira kos brokerage, jumlah unit yang di beli adalah 2500 unit. Jadi, kita sudah boleh buat kira-kira untung rugi di calculator yang di sediakan di Idea Saham. Contohnya seperti di bawah:

16.37% untuk 2 tahun bersamaan dengan 8.135% setahun (Tidak termasuk dividen -jika ada). Nampak sikitkan? Tapi itulah pelaburan saham. Sepertimana yang saya tegaskan di awal artikel tadi. Fokus kepada penambahan modal.

Masih berfikir lagi nak join team mana yang menyediakan banyak kemudahan untuk client?

Jom sertai team kami di Idea Saham! Dapatkan tool-tool menarik seperti Calculator dengan 6 exchange, Paper Trade, Trading Journal dan banyak lagi 🤩 

Exclusive hanya untuk client Idea Saham sahaja‼️ 

BERMINAT?

Boleh whatsapp Miss Wajihah untuk pembukaan akaun CDS anda di CGS-CIMB.

https://cdscgscimb.wasap.my/

https://cdscgscimb.wasap.my/

https://cdscgscimb.wasap.my/

📲 010-3170103

📲 010-3170103

📲 010-3170103

One thought on “Panduan Mudah Untuk Membaca Potensi Syarikat

  1. Salam, saya dh daftar mlalui website cgs cimb dan dah approved tetapi saya tak ada remiser atau dealer melainkan talian customer service. Blh tukar join dgn tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!