Bajet 2022 – Tidak mesra pelabur

Melalui point ke 245 Teks ucapan penuh Bajet2022, #TeamMOF iaitu:

Sebagai inisiatif kedua langkah kemampanan hasil dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa, Kerajaan bercadang untuk memberikan layanan cukai sama rata seperti berikut:

Pertama: Kadar duti setem nota kontrak dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus dan had duti setem 200 ringgit setiap nota kontrak dimansuhkan. Pada masa yang sama, 

aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan;”

Sumber : https://budget.mof.gov.my/pdf/2022/ucapan/ub22.pdf 

Ini bermaksud, bagi setiap RM1000 jumlah nilai dagangan, sebanyak RM1.50 caj setem hasil akan di kenakan kepada pelabur iaitu kenaikan sebanyak 50%. Jika dulu maksima capping adalah sebanyak RM200, kini tiada lagi nilai maksima untuk transaksi.

Mari kita kaji dari pengiraannya:

 

Semua gambar : sumber oleh Faisal Zain

Melalui pengiraan terperinci di atas, dengan dasar baru yang bakal di laksanakan. Pelabur runcit yang mempunyai modal di di bawah RM100,000 jelas akan membayar lebih banyak jumlah caj berbanding sebelum ini iaitu pertambahan sekitar 20%.

Sudahlah begitu, bayaran setem hasil akan lebih mahal dari brokerage caj bagi transaksi bermula RM6,000 ke atas. Apalah nasib remisier, dealer dan stock broker yang membantu kerajaan dalam mengutip hasil melalui setem hasil dan cukai perkhidmatan sebelum ini. Kiri kanan di cukaikan, kami bukan sahaja membayar cukai melalui hasil pendapatan dan zakat, malah kami juga membantu kerajaan melalui hasil kutipan setem hasil dan cukai perkhidmatan sebelum ini. Di tambah lagi dengan motivasi pelabur runcit yang pastinya akan berkurangan akibat caj yang semakin tinggi. Kerajaan untung, remisier dan pelabur runcit akhirnya merana.

Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelabur runcit tetapi juga pelabur yang membuat transaksi yang besar seperti pelabur institusi dan pelabur asing.

Sebagai contoh, jika dulu transaksi bernilai RM2 juta, jumlah keseluruhan caj adalah:

Brokerage(0.08%) + stamp duty(RM1 for every RM1,000 & cap RM200 max) + clearing fees + service tax (6% from brokerage fees) = RM1600 + RM200 + RM600 + RM96 = RM2496

Setelah cap maksima RM200 setem hasil dan cukai perkhidmatan di hapuskan. Maka kiraannya begini,

Brokerage(0.08%) + stamp duty(RM1 .50 for every RM1,000 & tiada maksima) + clearing fees = RM1600 + RM3,000 + RM600 = RM5,200

Kenaikan lebih 108%

Pelabur asing akan berkira-kira kos yang semakin meningkat. Ini bukan sahaja akan mengurangkan minat pelabur asing terhadap pasaran saham Malaysia tetapi juga pasaran akan jadi lebih suram kerana kurangnya volume dan volatility di dalam pasaran.

 

Sebagai remisier yang sudah berada dalam pasaran saham lebih 10 tahun dan berinteraksi secara rapat dengan pelabur runcit. Purata jumlah modal yang di keluarkan oleh pelabur kecil-kecilan adalah sekitar bermula dari modal pelaburan serendah RM1000 sehingga RM200,000. Kiranya golongan ini adalah golongan rakyat marhaen yang pastinya mengharapkan sedikit keuntungan dari pelaburan saham yang mereka jalankan. Perlu di ingatkan, sebelum mengira-ngira keuntungan mereka, Tolonglah ambil kira risiko kerugian yang mereka bakal hadapi apabila menjalankan pelaburan di Bursa Malaysia.

Buat pengetahuan semua, jumlah pelabur runcit kepada jumlah keseluruhan transaksi di pasaran Bursa Malaysia adalah 34.4% iaitu bersamaan dengan RM1.898B setakat transaksi yang di laporkan pada tarikh 28 Oktober 2022. Tuntasnya, kami relevan dan kami perlu di ambil kira.

Sumber: https://www.bursamalaysia.com/bm/market_information/market_statistic/securities

Jadi, nampak gayanya akibat dari dasar yang berat sebelah ini. Pelabur runcit pastinya akan memilih untuk melabur di pasaran saham global (yang lebih aktif) melalui broker-broker yang tidak sah dan di daftarkan kerana kos transaksi yang lebih murah.

Saya tidak pasti samada kerajaan sedar atau tidak keadaan Bursa Malaysia sejak 3 tahun kebelakangan ini sejak pilihan raya ke-14. Pasaran saham Malaysia seperti hidup segan mati tidak mahu, terumbang ambing akibat pergolakan politik dan dasar yang huru hara. Tidak termasuk lagi covid-19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Nasib baik sedikit kerana negara kita antara pengeluar terbesar sarung tangan dunia. Adalah merasa sedikit kenaikan dari seckor kesihatan. Harapkan insentif dan usaha dari kerajaan, pelabur runcit tempatan boleh terus lenyap dan mati perlahan-lahan.

Jadi, saya mohon agar kerajaan mengkaji semula dasar ini bagi kebaikan pelabur runcit dan pekerja dalam sector bank pelaburan ini. Sudah banyak kami berjasa. Dengarlah luahan hati kami.

Penafian : Kajian adalah berdasarkan sumber maklumat kajian harga caj broker secara kasar berdasarkan 0.08% sebelum dan selepas.

Penulis : Nor Akmar MSTA, CFTe. Remisier Retail Equities CGS-CIMB Securities.

Co-contributor : Faisal Zain, Remisier

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!