Tawaran khas saham MITI & IPO Farm Fresh

IPO Farm Fresh Bhd – MITI Financing

Dengan slogan ‘Ini barulah susu segar’.

Jenama susu tempatan ini kian mendapat tempat di hati mereka yang gemar minum susu lembu. Farm Fresh sudah meluaskan produk mereka dengan pelbagai perasa menarik seperti pure fresh milk, premium chocolate milk, kurma, café latte dan lain-lain.

Farm Fresh juga aktif dalam aktiviti sosial dan sangat popular sebagai salah satu penaja dalam pertandingan nyanyian iaitu Gegar Vaganza yang memberi peluang kepada artis tanahair yang dulu pernah bertapak dalam bidang nyayian untuk menonjolkan semula bakat mereka. Penulis layan tau sebab mereka nyanyi lagu-lagu lama. hehe…

Rasanya semua sudah tahu bahawa Farm Fresh Bhd bakal melancarkan IPO dan tersenarai di Bursa Malaysia tidak lama. Ini bermakna semua rakyat Malaysia berpeluang untuk menjadi sebahagian pemilik pengeluar susu segar ini. Bagaimana cara untuk membeli saham IPO ini?

 

Pertamanya, perlu mempunyai akaun CDS yang bertujuan untuk memohon dan menyimpan saham yang bakal di terima (jika dapat) nanti.

-Buka akaun CDS klik link ini – https://cdsCGSCIMB.wasap.my (Puan Nor Akmar – Remisier) atau hubungi mana-mana remisier dan Marketing Representative di bawah team Idea Saham iaitu:

AHMAD RIZAL BIN MAHARAM(MR) – https://wasap.my/60132488276

FARHANA AINI BINTI OMAR (REMISIER) –https://wasap.my/60137776338

MOHD AZUWA BIN HASSAN (REMISIER) –https://wasap.my/60196862902

SHAHRUL EZWAN BIN ILIAS (REMISIER) – https://wasap.my/60123118801

HASAN bin HAMZAH – http://www.wasap.my/60176299076

Jika sudah mempunyai akaun CDS. Anda boleh memohon melalui IPO awam (online banking) ataupun tawaran khas saham MITI. Berita baiknya, ianya boleh di pohon oleh individu, Syarikat berstatus Sdn Bhd (pegangan bumiputera) dan juga koperasi.

Buat pengetahuan semua, Farm Fresh Bhd merupakan syarikat perladangan tenusu bersepadu tempatan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd. Semasa penyenaraian

ini, sejumlah 743,181,900 IPO saham bersamaan 40.0% dari jumlah keseluruhan saham yang di miliki oleh Farm Fresh. Daripada jumlah ini, pembahagian adalah seperti di bawah :

  • 232,244,400 unit (12.5%) – pelabur MITI
  • 455,198,800 unit (24.5%) – pelabur asing dan terpilih.
  • 55,738,700 unit (3.0%) – 18,579,600 unit untuk pelabur terpilih (1.0%) dan 37,159,100 (2.0%)  untuk undian awam.

Berdasarkan senarai di atas. Ini bermakna, jika anda berstatus Bumiputera, adalah lebih mudah untuk anda mendapat saham ini melalui tawaran khas IPO oleh MITI terutama jika anda memohon melalui Sdn Bhd dan koperasi kerana jumlah saham yang di peruntukkan untuk pelabur MITI adalah lebih tinggi.

 

 

 

Untung atau tidak? Mesti persoalan ini sedang bermain di fikiran anda semua.

Berikut adalah senarai saham IPO yang di senaraikan sejak 2018 sehingga separuh tahun 2021.

Tahun Pasaran Utama Pasaran ACE
2021 1 5
2020 2 10
2019 4 11
2018 2 9
Jumlah 9 35
Jumlah besar 44

 

Ini adalah statistik yang di rekodkan pada hari pertama penyenaraian.

 84% IPO membuat kenaikan lebih tinggi dari harga tawaran

65% membuat kenaikan lebih 20%

32% membuat kenaikan lebih 100%

Saya bagi contoh dalam bentuk ringgit. Jika anda mendapat sesuatu IPO MITI ‘A’ sebanyak 100,000 unit pada harga RM2.00. Jika saham tersebut naik pada hari pertama sebanyak RM2.80 dan anda berjaya menjual. Keuntungan yang di perolehi adalah sebanyak 40%. Jadi, keuntungan kasar sebelum tolak kos adalah RM80,000. Berbaloi atau tidak?. Mestilah berbaloi kerana masa dan duit modal yang anda peruntukkan untuk saham ini tidak lama. Malah, jika anda mengambil margin financing yang di tawarkan oleh CGSCIMB melalui perkhidmatan remisier di bawah team Idea Saham iaitu Puan Nor Akmar, anda hanya perlu membayar sebanyak 30% daripada jumlah modal yang perlu di keluarkan.

Sedikit sebanyak mengenai syarikat Farm Fresh Bhd.

  • Farm Fresh di tubuhkan pada 2010 dengan nama The Holstein Milk Company Sdn Bhd sebelum di tukarkan kepada  Farm Fresh Sdn Bhd pada 24 Mei 2021. Di Bursa Malaysia, tidak banyak pesaing dalam industri. Jadi, apa yang boleh saya katakan IPO ini bakal menjadi salah satu pelaburan yang baik jika di ambil peluang.
  • Berikut adalah senarai pemilik terbesar Farm Fresh Berhad. Tambahan pula, Farm Fresh Bhd merupakan sebuah syarikat yang di kenali dari segi jenama.

 

 

  • Keuntungan yang di perolehi dari penyenaraian IPO ini akan di guna oleh Farm Fresh untuk aktiviti seperti berikut iaitu salah satu bahagian terbesar adalah membina kilang dan ladang baru untuk meningkatkan aktiviti pengeluaran :

Kami juga akan mengadakan Webinar khas bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut peluang pelaburan dalam syarikat IPO yang bakal di senaraikan di Bursa Malaysia seperti Farm Fresh. Saya menyeru individu serta wakil koperasi dan syarikat Sdn Bhd yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dengan mendaftar Webinar IPO & MITI Hero. Kami akan menerangkan cara-cara untuk anda memohon IPO dan MITI. Paling penting, hanya mereka yang hadir ke daftar dan hadir ke Webinar ini kami akan tawarkan servis membantu dari mula buka akaun, memohon, membuat pinjaman sehingga proses menjual saham dan mendapat keuntungan. Termasuk group whatsapp sokongan seumur hidup bagi penawaran saham IPO dan MITI. Sumpah tak rugi, belajar sekali boleh untung berkali-kali.

Klik link ini untuk mendaftar Webinar ini.

Webinar MITI & IPO Hero 2021

Sumber dan gambar :

https://www.sc.com.my/resources/prospectus-exposure/prospectus-exposure-farm-fresh-berhad

https://www.farmfresh.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!