Tahukah Anda? – Macam mana nak sertai AGM syarikat?

MACAM MANA UNTUK SERTAI AGM SYARIKAT?

Bayangkan pagi-pagi bersiap nak pergi Annual General Meeting (AGM) tu kawan tanya “Demo nak gi mano smak-smak ni?” kita pon jawab “Kawe nak gi AGM syarikat kawe dekat Hotel XXY”. Mesti terkagum-kagum kawan tu dengar walaupun kita hanya ada 1 unit saham sahaja.

Tapi macam mana nak sertai AGM syarikat?

Syarat untuk sertai AGM sesebuah syarikat sangatlah mudah, iaitu perlulah memiliki saham di syarikat tersebut walaupun hanya 1 unit. Dan mestilah memiliki saham tersebut 2 hari sebelum Date of General Meeting Record.

Bagaimana untuk tahu bila diadakan AGM?

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan AGM, boleh dapatkan di Website Bursa Malaysia di bawah kategori General Meetings, dengan sub-kategori Notice of Meetings untuk pengumuman butiran AGM sahaja.

Maklumat-maklumat berkaitan AGM seperti masa, tarikh, dan tempat diadakan AGM akan di paparkan disitu. Satu lagi yang penting adalah Date of General Meeting Record, sangat penting untuk membeli saham syarikat tersebut 2 hari sebelum tarikh tersebut untuk memastikan nama kita tersenarai dalam list yang layak untuk hadir AGM tersebut

Ada syarikat yang mengadakan AGM secara fizikal, tetapi selepas wabak COVID-19 kebanyakan syarikat mengadakan secara online bagi membendung penyebaran wabak. Jika bertuah ada sesetengah syarikat menyediakan doorgift bagi shareholder yang hadir.

Sebelum nak beli saham untuk sertai AGM syarikat kenalah ada akaun CDS. Sudah ada akaun CDS ke belum? Kalau belum jomlah daftar akaun CDS bersama Remisier kami.

Views: 103

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!