Tahukah Anda?:

Jenis pelabur di Bursa Malaysia

1. Pelabur institusi luar negara. Pelabur ini mempunyai modal yang banyak dan memerlukan tempat untuk diversifikasi portfolio pelaburan mereka. Contohnya: JP Morgan 

2. Pelabur individu runcit, pelabur individu bukan warganegara Malaysia. Pelabur ini diperlukan untu menggerakkan pasaran. 

3. Pelabur institusi tempatan. Pelabur institusi adalah organisasi yang mempunyai jumlah wang yang besar dari pelabur dan melabur wang tersebut dalam saham, hartanah dan aset pelaburan lain. Pelabur ini terdiri daripada bank, syarikat insurans, dana persaraan dan banyak lagi. Contohnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

4. Nominee tempatan. Mereka merupakan bank pelaburan tempatan yang memegang saham milik pelanggan. Contohnya, Maybank Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.

5. PDT Tempatan (Proprietary Day Trading). PDT ialah individu berdaftar dengan Participating Organisation (PO) dengan Bursa Malaysia. Mereka tidak perlu membayar brokerage fees dan hanya perlu membayar clearing fees serendah 0.03% sahaja daripada jumlah kontrak keseluruhan beli dan jual. 

6. Pelabur individu tempatan. Pelabur ini ialah individu yang membuka akaun CDS atas nama sendiri dan melakukan transaksi beli atau jual melalui remisier atau secara online. 

 

Dipetik daripada: Panduan Lengkap Pelaburan Saham (PLPS) karya Remisier Nor Akmar. 

Dapatkan buku PLPS melalui team Idea Saham untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang dunia saham. Semoga bermanfaat.

Visits: 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!