Tahukah Anda?:

Apa itu saham PN17?​​

Pada 27 Februari 2023 lalu Bursa Malaysia ada mengumumkan yang syarikat Pharmaniaga Berhad telah disenaraikan sebagai syarikat PN17, dan pihak Bursa memaklumkan akan terus memantau perkembangan syarikat Pharmaniaga.

Tapi PN17 ni apa sebenarnya?

Bagi syarikat yang tersenarai di Main Market tetapi mempunyai masalah akan disenaraikan sebagai Practice Note 17 (PN17). Kalau perasan di platform Trading, bersebelahan dengan nama saham PHARMA mempunyai tanda “!”, itu adalah salah satu cara untuk kenal pasti satu syarikat itu tergolong dalam senarai PN17 atau tidak.

Antara kriteria sesebuah syarikat PN17:-

  • Dana pegangan saham perlu lebih daripada 25% daripada jumlah modal berbayar mereka.
  • Anak-anak syarikat atau syarikat telah diisytiharkan muflis oleh kerana juru audit mengeluarkan amaran bahawa syarikat gagal membayar hutang dan faedah setelah beberapa tempoh.
  • Syarikat telah menghentikan operasi atau tidak mempunyai sebarang perniagaan yang boleh dijalankan lagi.

Senarai syarikat disenarai PN17(Kemaskini 8 Mac 2023, Sumber: Bursa Malaysia)

  1. AIRASIA X BERHAD
  2. ALAM MARITIM RESOURCES BERHAD
  3. ASIA MEDIA GROUP BERHAD
  4. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
  5. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  6. CAPITAL A BERHAD (FORMERLY KNOWN AS AIRASIA GROUP BERHAD)
  7. COMINTEL CORPORATION BERHAD
  8. DOLOMITE CORPORATION BERHAD (IN LIQUIDATION)
  9. E.A.TECHNIQUE (M) BERHAD
  10. FSBM HOLDINGS BERHAD
  11. IQZAN HOLDING BERHAD
  12. IVORY PROPERTIES GROUP BERHAD
  13. IREKA CORPORATION BERHAD
  14. JERASIA CAPITAL BERHAD
  15. KHEE SAN BERHAD
  16. KNM GROUP BERHAD
  17. KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
  18. PERAK CORPORATION BERHAD
  19. PHARMANIAGA BERHAD
  20. PROPEL GLOBAL BERHAD (FORMERLY KNOWN AS DAYA MATERIALS BERHAD)
  21. SAPURA ENERGY BERHAD
  22. SARAWAK CABLE BERHAD
  23. SCOMI ENERGY SERVICES BERHAD
  24. SCOMI GROUP BERHAD
  25. SEACERA GROUP BERHAD
  26. SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD (IN LIQUIDATION)
  27. TOP BUILDERS CAPITAL BERHAD

Pastikan sebelum membeli saham semak terlebih dahulu status syarikat tersebut. Perlu berhati-hati dengan syarikat yang tersenarai di PN17. Masih banyak lagi syarikat yang berpotensi untuk dibeli.

Visits: 98

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!