Tahukah Anda?:
CAJ-CAJ YANG DIKENAKAN SEMASA PEMBELIAN DAN PENJUALAN SAHAM.

Hai semua! Tahu tak semasa pembelian dan penjualan saham akan dikenakan caj untuk setiap transaksi?
Terdapat 3 caj yang dikenakan untuk setiap transaksi beli dan jual iaitu:
1. Brokerage Fee – Brokerage Fee adalah berbeza mengikut bank/broker yang menawarakan jenis akaun trading semasa anda membuka akaun. Sila rujuk Remisier anda untuk mengetahui berapa nilai Brokerage Fee untuk akaun trading anda.
2. Clearing Fee – Nilai Clearing Fee sebanyak 0.03 % adalah standardized antara bank/broker
3. Stamp Duty – Ditetapkan pada RM1.50 bagi setiap RM1,000 atau bahagian pecahan RM 1,000 daripada nilai nota kontrak mana-mana saham atau stok
Jom tengok contoh pengiraan transaksi pembelian saham!
Sebagai contoh, Broker X menawarakan Brokerage Fee 0.08% @ RM8 (mengikut mana satu yang lebih tinggi).
Situasi pembelian saham ABC
Harga saham ABC = RM 0.50
Nilai unit pembelian saham ABC = 2,000 unit
Jumlah sebelum penolakan caj = RM1,000
Pengiraan:
1. Brokerage Fee
= (RM0.50 x 2,000 unit) x 0.08%
= RM0.80 @ RM 8
(Disebabkan pengiraan Brokerage Fee mengikut mana satu yang lebih tinggi, jadi Brokerage Fee akan mengambil nilai RM8)
2. Clearing Fee
= (RM0.50 x 2,000 unit) x 0.03%
= RM0.30
3. Stamp duty
= RM0.50 x 2,000 unit
= RM1,000
= RM1.50
Nilai yang perlu dibayar adalah = RM1,000 + (RM8 + RM0.30 + RM1.50)
= RM1009.80
Nota: Untuk transaksi BELI, pengiraannya adalah TAMBAH kesemua caj, manakala untuk transaksi JUAL, perlu TOLAK kesemua caj yang telah dibincangkan.
Views: 85