Tahukah Anda ?

Pernah dengar saham penny stock? Penny stock adalah merupakan saham yang berharga kurang daripada RM0.50.

“Beli saham murah lah baru cepat kaya. Sekali naik masyukk tu, kalau saham mahal lambat kaya.” Sifu saham bermusim.

Ramai yang suka dengan saham penny disebabkan murah dan dikatakan mudah buat untung. Contoh beli RM 0.10 dan jual RM 0.20, naik 100% tu!! Seronok kan dengar naik 10 sen sahaja tapi nilai gandaan sampai 100%. Tapi ramai juga yang hilang modal disebabkan melabur dengan saham penny stock. Ini kerana saham jenis ini lebih mudah dispekulasi oleh sindiket. Sindiket ini akan menggerakkan harga saham ini dengan modal jutaan Ringgit yang mereka ada.

Habis tu tak boleh trade saham penny ke?? Ehhhh, bukan macam tu.. kalau nak trade dalam saham penny boleh je tapi pastikan membuat analisa secukupnya sebelum membeli saham penny sebegini.

Apa-apapun, saham ni mudah sahaja kita hanya mengambil keuntungan apabila harga saham itu naik, tidak kiralah digerakkan oleh sindiket ke, jerung ke, pelabur runcit ke, yang penting harga saham naik. Tapi kita perlu sedar sebab kenaikan saham tersebut untuk mengelakkan kita menjadi mangsa caturan sindiket.

#pennystock #dapatsesuatu

Views: 50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!