Tahukah Anda?:​​

ANDA BOLEH DAPAT DIVIDEN 2 KALI DALAM MASA SETAHUN
KALAU BELI DAN SIMPAN SAHAM?

Ehh.. betul ke info ni? Kalau betul macam mana nak dapat dividen 2 kali setahun? Anda tak salah baca, memang betul. Segala info yang kami berikan adalah yang sahih. Sebelum itu, ayuh kita kenali apa itu dividen yang sebenar.

Dividen adalah pemberian wang kepada pelabur yang diambil daripada sebahagian keuntungan syarikat. Pemberian ini adalah sebagai tanda terima kasih dan juga penghargaan kepada pelabur yang melabur dalam syarikat mereka.

Terdapat beberapa jenis dividen iaitu:
1. Dividen Interim
2. Dividen Tunai
3. Dividen Khas

Untuk melayakkan diri anda memperoleh dividen dari syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, caranya adalah dengan membeli saham syarikat itu sehari sebelum Ex-Date sahaja. Selepas itu anda terus layak. Anda tak perlu “beli dan simpan” saham tersebut selama setahun hanya untuk mendapatkan dividen.

Kebiasaannya syarikat akan mengagihkan dividen kepada pelabur 1 kali setahun. Tetapi sekiranya syarikat itu mendapat keuntungan berganda, kemungkinan pelabur akan terima dividen 2 kali setahun. Ini secara tidak langsung memberi maksud syarikat itu mempunyai struktur kewangan yang kukuh.

Macam mana nak tahu ada pengumuman tentang dividen? Senang sahaja…

Pergi ke laman sesawang iTrade Disini
Pilih Analysis > Dividend

Jadi apa tunggu lagi, ambil peluang keemasan ini untuk menjana keuntungan melalui dividen saham. Anda tak perlu tunggu setahun sekali untuk mendapatkan dividen. Jadilah pelabur yang bijak!

Senarai dividen saham yang diambil pada 6 April 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn

Related Post:

Batik Fractal Private Mandate

BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE Terlebih dahulu, Apa itu Private Mandate? Private mandate adalah salah satu produk kewangan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan portfolio pelabur dengan strategi & tumpuan kepada pasaran tertentu. BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE menggunakan strategi momentum di pasaran saham Bursa Malaysia. Justifikasi di sebalik strategi ini adalah kerana walaupun dalam keadaan turun atau naik,

Read More »

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit​

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit Satu benda yang korang boleh nilai dari sorang Cikgu atau Sifu trading adalah intergriti dalam mempromosikan apa jua jenis instrument. 1) Individu berlesen – ada lesen tak kira remisier, FBR, FP, fund manager, analyst, unit trust agent, MR atau apa sahaja. 2) Instrument yang di promosikanA) Produk patuh shariah.B)

Read More »

Perbezaan Institusi Kewangan​

Tahukah Anda?:​​ Perbezaan Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah entiti atau organisasi yang beroperasi dalam sektor kewangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis institusi kewangan, dan perbezaan antara mereka bergantung kepada fungsi, perkhidmatan yang disediakan, dan cara beroperasi. Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara institusi kewangan: 1. Bank Komersial: Menyediakan pelbagai perkhidmatan

Read More »

Views: 143

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!