Tahukah Anda?:​​

Apa itu 52 Week High?

52 Week High atau 52 Minggu Tinggi, merujuk kepada harga tertinggi suatu saham dalam tempoh 52 minggu yang lepas.

52 Week High sering digunakan kerana ia merangkumi satu tahun perdagangan dan memberikan gambaran yang lebih luas tentang prestasi saham. Jika harga saham melepasi 52 week high dan terus meningkat, ia mungkin menunjukkan bullish trend atau sentimen pasaran yang positif.

52 Week High dapat membantu pelabur mengenal pasti peluang dan risiko dalam perdagangan saham. 

Jika saham mendekati 52 minggu tinggi, sesetengah pelabur melihatnya sebagai potential selling point, mempercayai bahawa saham mungkin menghadapi rintangan dan mengalami pembetulan harga. 

Yang lain mungkin melihatnya sebagai peluang breakout, di mana keupayaan saham untuk melepasi paras 52 Week High mencadangkan momentum menaik.

Perlu diingatkan saham mencapai 52 Week High, tidak bermakna kenaikan harga akan terus berlanjut pada  arah yang sama. Analisis lain juga diperlukan dalam membantu kajian untuk memahami pasaran saham tersebut.

Views: 135