Tahukah Anda?:​​

Fakta IPO

IPO adalah singkatan dari “Initial Public Offering” yang juga bermaksud “Penawaran Saham Perdana.” IPO adalah proses di mana sebuah syarikat swasta menawarkan sahamnya kepada masyarakat secara terbuka buat pertama kalinya untuk dibeli dan diperdagangkan di pasaran saham.

Sebelum menawarkan IPO, sebuah syarikat perlu beroperasi secara individu atau hanya dimiliki oleh pemegang saham tertentu sahaja seperti diri sendiri, keluarga, atau lembaga tertentu. Melalui IPO, syarikat tersebut membuat keputusan untuk menjual sejumlah saham kepada umum melalui Bursa Malaysia. Dengan cara ini, syarikat tersebut menjadi “syarikat umum” karena sahamnya boleh didagangkan secara bebas oleh siapa saja yang ingin membeli atau menjualnya.

Proses IPO melibatkan beberapa tahap, seperti:

1. Penyusunan prospektus:

Syarikat yang akan menawarkan IPO perlu menyediakan prospectus yang mengandungi maklumat tentang syarikat, status kewangan, tujuan penggunaan dana yang diperoleh dari penjualan saham, risiko, dan maklumat lain yang relevan bagi pelabur.

2. Penetapan harga saham:

Syarikat akan bekerjasama dengan bank pelaburan atau broker untuk menentukan harga saham yang akan ditawarkan. Harga saham ini adalah berdasarkan penilaian terhadap syarikat tersebut yang dipercayai akan menarik minat pelabur.

3. Pendaftaran dan persetujuan:

Syarikat perlu mendaftarkan IPO mereka dengan Bursa Malaysia. Bursa akan membuat penilaian berdasarkan syarat-syarat IPO dan setelah mendapat kelulusan, barulah IPO akan ditawarkan.

4. Penawaran IPO:

Pada hari penawaran umum, saham syarikat ini akan ditawarkan kepada pelabur umum yang berminat untuk membeli saham ini melalui online banking atau platform broker masing-masing.

5. Perdagangan saham di bursa:

Apabila syarikat sudah listing di dalam Bursa Malaysia, saham tersebut didagangkan secara umum mengikut waktu perdagangan.

5. Perdagangan saham di bursa:

Apabila syarikat sudah listing di dalam Bursa Malaysia, saham tersebut didagangkan secara umum mengikut waktu perdagangan.

IPO adalah antara momen penting dalam sejarah syarikat kerana telah memberi peluang kepada syarikat untuk mendapatkan dana dari masyarakat umum untuk perkembangan perniagaan. Selain itu, IPO juga memberikan peluang bagi khalayak umum untuk menjadi salah seorang pemegang saham di dalam sesebuah perniagaan dengan modal masing-masing

Batik Fractal Private Mandate

BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE Terlebih dahulu, Apa itu Private Mandate? Private mandate adalah salah satu produk kewangan yang menyediakan perkhidmatan menguruskan portfolio pelabur dengan strategi & tumpuan kepada pasaran tertentu. BATIK FRACTAL PRIVATE MANDATE menggunakan strategi momentum di pasaran saham Bursa Malaysia. Justifikasi di sebalik strategi ini adalah kerana walaupun dalam keadaan turun atau naik,

Read More »

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit​

Cara kenalpasti SIFU trading yang legit Satu benda yang korang boleh nilai dari sorang Cikgu atau Sifu trading adalah intergriti dalam mempromosikan apa jua jenis instrument. 1) Individu berlesen – ada lesen tak kira remisier, FBR, FP, fund manager, analyst, unit trust agent, MR atau apa sahaja. 2) Instrument yang di promosikanA) Produk patuh shariah.B)

Read More »

Perbezaan Institusi Kewangan​

Tahukah Anda?:​​ Perbezaan Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah entiti atau organisasi yang beroperasi dalam sektor kewangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis institusi kewangan, dan perbezaan antara mereka bergantung kepada fungsi, perkhidmatan yang disediakan, dan cara beroperasi. Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara institusi kewangan: 1. Bank Komersial: Menyediakan pelbagai perkhidmatan

Read More »

REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK

Tahukah Anda?:​​ MACAM MANA NAK TAHU REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK?? Dalam dunia internet sekarang ni yang semua orang boleh jadi apa yang mereka mahu jadi, ada yang mahu jadi Doctor lah, penganalisa politik lah, agamawan lah, dan yang paling menyusahkan orang ramai adalah sifu-sifu saham yang tiba-tiba muncul dalam medsos kita. Persoalannya, macam mana

Read More »

Kelebihan ICPO

Tahukah Anda?:​​ Kelebihan Berdagang Dengan FCPO Berdagang dalam kontrak berjangka minyak kelapa sawit mentah (FCPO) memiliki beberapa kelebihan yang menarik bagi pelabur dan peniaga, tetapi juga melibatkan risiko. Di sini adalah beberapa kelebihan berdagang FCPO: 1. Peluang Diversifikasi: FCPO adalah cara yang baik untuk diversifikasi portofolio pelaburan anda. Ia membolehkan pelabur untuk mendapat akses kepada

Read More »

Hedging

Tahukah Anda?:​​ Apakah Hedging? Hedging adalah strategi yang digunakan dalam kewangan untuk melindungi diri daripada risiko perubahan harga atau nilai aset kewangan. Ia melibatkan pengambilan posisi atau tindakan yang bertujuan untuk mengimbangi kerugian yang mungkin timbul akibat perubahan harga aset lain atau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset tersebut. Hedging adalah cara untuk mengurangkan risiko,

Read More »

Views: 486

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!