Tahukah Anda?:​​

Apa itu 52 Week High?

52 Week High atau 52 Minggu Tinggi, merujuk kepada harga tertinggi suatu saham dalam tempoh 52 minggu yang lepas.

52 Week High sering digunakan kerana ia merangkumi satu tahun perdagangan dan memberikan gambaran yang lebih luas tentang prestasi saham. Jika harga saham melepasi 52 week high dan terus meningkat, ia mungkin menunjukkan bullish trend atau sentimen pasaran yang positif.

52 Week High dapat membantu pelabur mengenal pasti peluang dan risiko dalam perdagangan saham. 

Jika saham mendekati 52 minggu tinggi, sesetengah pelabur melihatnya sebagai potential selling point, mempercayai bahawa saham mungkin menghadapi rintangan dan mengalami pembetulan harga. 

Yang lain mungkin melihatnya sebagai peluang breakout, di mana keupayaan saham untuk melepasi paras 52 Week High mencadangkan momentum menaik.

Perlu diingatkan saham mencapai 52 Week High, tidak bermakna kenaikan harga akan terus berlanjut pada  arah yang sama. Analisis lain juga diperlukan dalam membantu kajian untuk memahami pasaran saham tersebut.

Perbezaan Institusi Kewangan​

Tahukah Anda?:​​ Perbezaan Institusi Kewangan Institusi kewangan adalah entiti atau organisasi yang beroperasi dalam sektor kewangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis institusi kewangan, dan perbezaan antara mereka bergantung kepada fungsi, perkhidmatan yang disediakan, dan cara beroperasi. Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara institusi kewangan: 1. Bank Komersial: Menyediakan pelbagai perkhidmatan

Read More »

REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK

Tahukah Anda?:​​ MACAM MANA NAK TAHU REMISIER KITA BERLESEN ATAU TAK?? Dalam dunia internet sekarang ni yang semua orang boleh jadi apa yang mereka mahu jadi, ada yang mahu jadi Doctor lah, penganalisa politik lah, agamawan lah, dan yang paling menyusahkan orang ramai adalah sifu-sifu saham yang tiba-tiba muncul dalam medsos kita. Persoalannya, macam mana

Read More »

Kelebihan ICPO

Tahukah Anda?:​​ Kelebihan Berdagang Dengan FCPO Berdagang dalam kontrak berjangka minyak kelapa sawit mentah (FCPO) memiliki beberapa kelebihan yang menarik bagi pelabur dan peniaga, tetapi juga melibatkan risiko. Di sini adalah beberapa kelebihan berdagang FCPO: 1. Peluang Diversifikasi: FCPO adalah cara yang baik untuk diversifikasi portofolio pelaburan anda. Ia membolehkan pelabur untuk mendapat akses kepada

Read More »

Hedging

Tahukah Anda?:​​ Apakah Hedging? Hedging adalah strategi yang digunakan dalam kewangan untuk melindungi diri daripada risiko perubahan harga atau nilai aset kewangan. Ia melibatkan pengambilan posisi atau tindakan yang bertujuan untuk mengimbangi kerugian yang mungkin timbul akibat perubahan harga aset lain atau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset tersebut. Hedging adalah cara untuk mengurangkan risiko,

Read More »

Apa itu Cutloss?

Tahukah Anda?:​​ Pengenalan kepada Cutloss dalam Pelaburan Saham Seringkali dalam dunia pelaburan saham kita dengar istilah “cutloss”. Namun, apa itu cutloss? dan bagaimana ia berfungsi? Apa itu Cutloss? Cutloss adalah aktiviti menjual saham pada harga yang lebih rendah daripada harga beli, menyebabkan kerugian dari segi capital gain. Sebagai contoh jika seseorang membeli saham MISAI pada

Read More »

Apa itu FCPO

Tahukah Anda?:​​ Apa itu FCPO FCPO adalah singkatan bagi “Futures Crude Palm Oil,” yang merupakan kontrak berjangka yang membolehkan peniaga dan pelabur untuk berspekulasi mengenai harga minyak kelapa sawit mentah, yang merupakan sejenis minyak sayuran yang diperoleh daripada buah kelapa sawit. Kontrak FCPO biasanya didagangkan di bursa commodity futures exchanges, dengan Bursa Malaysia menjadi salah

Read More »

Views: 113

Pertanyaan anda telah berjaya dihantar. Pihak kami akan segera berhubung dengan anda!