Tahukah Anda?:​​

Apa Itu Support dan Resistance?

Dalam pelaburan saham, support dan resistance merupakan asas yang penting untuk difahami Sebelum mula melabur.

Apa Itu Support?

Support adalah tahap di mana harga tidak lagi meneruskan penurunan nilai dan berkemungkinan akan melakukan kenaikan harga di atas tahap support. Kebiasaanya sesuatu support akan terbina setelah diuji beberapa kali untuk memastikan ianya kukuh. Sekiranya nilai saham tersebut melepasi tahap support tersebut berkemungkinan akan meneruskan penurunan nilai sehinggalah ianya menemui aras support yang baru.

Secara asasnya, pada tahap support para pelabur merasakan nilai sesuatu saham itu adalah lebih tinggi dari nilai support tersebut maka pada tahap ini pembeli saham terlebut akan lebih tinggi dari penjual, dan menyebabkan kenaikan nilai saham, begitu juga sebaliknya.

Apa Itu Resistance?

Resistance pula merupakan tahap di mana harga menghadapi rintangan untuk terus naik. Jika resistance tersebut dapat diatasi, harga akan berpotensi untuk naik lebih tinggi. Namun, jika tidak dapat melepasi resistance, harga akan mencari kembali tahap support.

 

Secara ringkasnya, apabila harga mencapai tahap resistance, nilai saham tersebut perlu mengatasi rintangan tersebut terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan kenaikan. Selama rintangan ini tidak dapat diatasi, harga akan berlegar didalam ruang support dan resistance yang terbina.

Ada beberapa cara yang digunakan untuk membuat garis Support dan Resistance. Ada yang mengunakan aras harga sesuatu saham itu sendiri untuk di jadikan sebagai support dan resistance, ada juga yang mengunakan Trendline, Moving average dan ada juga yang mengunakan Fibonacci sebagai support dan resistance. Ianya mengikut kesesuaian individu dalam menentukan nilai support dan resistance sesuatu saham.

Views: 277