Tahukah Anda?:​​

Mengenal Harami

1. Bullish Harami

Harami adalah perkataan yang berasal dari Jepun dan bermaksud ‘mengandungkan anak’ atau ‘pregnant’. Seperti seorang ibu yang mengandungkan anaknya, begitulah bentuk formasi candlestick pattern bullish harami. 

Bullish Harami terdiri daripada dua batang candle. Candle pertama badannya adalah lebih panjang manakala candle kedua badannya tidak melebihi candle pertama. Bagi formasi harami, ekornya tidak diambil kira dan hanya badan yang perlu berada sekitar badan candle panjang pertama. Ini menunjukkan bahawa penurunan yang sedang berlaku sudah mulai perlahan dan harga terkini berada dalam lingkungan harga sela masa sebelumnya.

 

2. Bearish Harami

Bearish Harami berada di tengah-tengah kenaikan. Kemunculannya menandakan pasaran atau asset telah berada di kawasan yang sudah tinggi dan bakal bertukar arah dari naik kepada turun. Formasi candlestick yang terhasil bukanlah menunjukkan tempat pasaran akan berubah sepenuhnya. Ia adalah reversal sementara untuk jangkamasa sederhana. 

Bearish harami terdiri daripada dua candle yang berlainan saiz. Candle pertama panjang dan berwarna putih manakala candle yang kedua lebih kecil berada dalam lingkungan candle pertama. Candle kedua tidak perlu tetap warnanya dan hanya badan perlu berada di dalam lingkungan candle pertamma, ekornya tidak diambil kira.

Views: 73