Tahukah Anda?:​​

ANDA BOLEH DAPAT DIVIDEN 2 KALI DALAM MASA SETAHUN
KALAU BELI DAN SIMPAN SAHAM?

Ehh.. betul ke info ni? Kalau betul macam mana nak dapat dividen 2 kali setahun? Anda tak salah baca, memang betul. Segala info yang kami berikan adalah yang sahih. Sebelum itu, ayuh kita kenali apa itu dividen yang sebenar.

Dividen adalah pemberian wang kepada pelabur yang diambil daripada sebahagian keuntungan syarikat. Pemberian ini adalah sebagai tanda terima kasih dan juga penghargaan kepada pelabur yang melabur dalam syarikat mereka.

Terdapat beberapa jenis dividen iaitu:
1. Dividen Interim
2. Dividen Tunai
3. Dividen Khas

Untuk melayakkan diri anda memperoleh dividen dari syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, caranya adalah dengan membeli saham syarikat itu sehari sebelum Ex-Date sahaja. Selepas itu anda terus layak. Anda tak perlu “beli dan simpan” saham tersebut selama setahun hanya untuk mendapatkan dividen.

Kebiasaannya syarikat akan mengagihkan dividen kepada pelabur 1 kali setahun. Tetapi sekiranya syarikat itu mendapat keuntungan berganda, kemungkinan pelabur akan terima dividen 2 kali setahun. Ini secara tidak langsung memberi maksud syarikat itu mempunyai struktur kewangan yang kukuh.

Macam mana nak tahu ada pengumuman tentang dividen? Senang sahaja…

Pergi ke laman sesawang iTrade Disini
Pilih Analysis > Dividend

Jadi apa tunggu lagi, ambil peluang keemasan ini untuk menjana keuntungan melalui dividen saham. Anda tak perlu tunggu setahun sekali untuk mendapatkan dividen. Jadilah pelabur yang bijak!

Senarai dividen saham yang diambil pada 6 April 2023

Related Post:

Views: 113